Sunday, September 8, 2013

:: dedy turns 25!! ::

assalamualaikum..


selamat menyambut hari jadi yang ke-25!



birthday umi yang lepas tak sambut sebab baru lepas operation..
birthday dedy pun kira tak sambut jugaklah..
baru adil gitu..
=D

ha.ha.ha


moga dedy sentiasa di bawah lindungan keberkatan daripada ALLAH SWT..
sentiasa murah rezeki, umur panjang untuk menjadi khalifah yang terbaik buat kami..

Amin..

May ALLAH SWT bless you always..


Love,
umi & Hadif..

Tuesday, September 3, 2013

::DKB : puding kek karamel ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, syawal kian melabuhkan tirai..
puasa ganti mahupun puasa enam sudah berjaya dipenuhi..
moga bertemu lagi ramadan yang akan datang..

sesuatu untuk meraikannya..

puding kek karamel

lapisan 1

2 sudu gula kasar, di panaskan.. biar sampai mengeras..

lapisan 2

3 biji telur kuning + 1 susu esen vanilla + 70 g gula kastor + 1 tin susu cair..
campur sampai sebati..tapis ke atas lapisan satu..

lapisan 3

3 biji telur kuning + 70 g gula kastor..pukul sampai kembang.. masukkan 1/2 cawan air + 1/2 cawan minyak masak + 140g tepung gandum yang di ayak bersama 1 sudu soda bikarbonat + 1 baking powder..

meringue

6 biji telur putih + 70 g gula kastor.. pukul sampai kembang giler..bila terbalikkan,benda ini takkan jatuh!

campurkan meringue dengan lapisan 3 sampai sebati.. asingkan kepada 3, letakkan warna kesukaan anda..

siap untuk dilapis diatas lapisan 2 tadi secara selang-seli..
bakar selama sejam, 160 darjah celcius, bakar secara stimbath..guna api bawah sahaja..

biarkan kek yang siap merekah sendiri di bahagian tepi..

ni saja yang berjaya di snap.. pastu hilang dalam tekak masing-masing..

=D

letak dalam peti, baru sedap untuk dimakan!!

Monday, September 2, 2013

:: cuti merdeka! ::

assalamualaikum..


salam kemerdekaan kepada semua..
=)

tahun ni tahun di mana sepupu-sepupu sebaya aku melangkah ke fasa hidup yang lebih baik..
* abaikan aku yang terlebih advanced daripada diorang..hahaha*
=p

bulan lepas si capix yang ikat tali pertunangan dengan pilihan hati yang mana aku tak pergi pun..=p
hari merdeka giliran ummi pula yang ikat tali pertunangan.. wajib pergi sebab sebelah rumah je pun..
=p




aku join nenek, mak dengan makcik-makcik siapkan makanan..
lagi best, sambil borak, sambil masak,sambil makan gitu..


esoknya..
sambil makan pagi, adik aku bagi idea pergi piknik di Lata Tembakah..
on the spot, abih makan nasi terus pergi ke sana..


 ada budak tu, punya la gembira padahal tak tahu umi dia nak selam dia dalam air..

 at the end, menangis tak berlagu..
dok tepian batu, sambil hisap susu..
huhu~

selepas 2 jam, ini pencapaian terbaik budak Hadif..
dapat letak kaki atas batu..
tu pun tanpa sedar..
haha~
 


bila tersedar, dok balik atas riba sambil kunyah keropok..
adoiii la..




lepas puas mandi-manda..
balik singgah rumah besan mak di Jertih,
tanpa segan petik buah rambutan, makan buah durian..
terbaikk!!



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers