Tuesday, September 17, 2013

:: cuti hari malaysia! ::

assalamualaikum..


dah beberapa kali aku tak join pergi rombongan kawan-kawan en asben pergi majlis kahwin..
Hadif tak sihat la, aku malas la..
tak biasa sebenarnya dengan diorang, ada yang tak kenal pun.. hee~
kali ni, reda je la, eratkan silaturrahim..kenal-kenal sesama kita gitu..

=)

not bad huh?

kali ni, kita konvoi ke ipoh pula..
untuk majlis kahwin omar & aisyah...
sebab tak kenal aisyah, sekali jumpe, mak aii, cantik bebeno orangnya..
lucky omar..
=)



sekarang, masing-masing tengah membina keluarga..
nampaknya, banyak kali lagilah akan buat rombongan ke majlis kahwin..
=)

yang best nya, sebab Hadif la yang paling besar kat situ, tak pasal-pasal umi jadi "akak" dikalangan mak-mak..
nampak matured agaknya..
ha.ha.ha


ada cerita disebalik lost world of tambun..

=)

Wednesday, September 11, 2013

:: mangsa keadaan ::

assalamualaikum..

aku balik kerja..
baru keluar kereta, mak dok jerit suh ambil Hadif yang muntah kat badan mak..
so, aku dengan muka terpinga-pinga pergi la ambil budak Hadif..
kenapa pula budak ini?

mak cakap maybe dia makan banyak sangat buah sukun yang di goreng ala fries..
u know, budak Hadif ni hantu buah-buahan..
tak boleh nampak buah, semua dia telan..
sekarang ni kan musim buah, sudahla kalau tengok buah durian, disuruhnya umi ambilkan durian tu untuk suapkan dalam mulut dia..
diakan pembersih, ,mana nak pegang sendiri isi durian-yang-lembik tu.. makan nak pulak!
=P

kembali kepada topik asal.. muntah!
lepas  beberapa minit, dia start muntah-muntah tak henti-henti..
uishh, konpius aku.. makan sukun sampai termuntah-muntah?

selidik punya selidik..
emm, si damia bagi Hadif vitamin C 2 biji..
* si damia pagi tu demam, tak pergi sekolah, abah dia bawa pergi klinik, doc bagi ubat, dia balik makan semua ubat,dan vitamin yg doc bagi untuk bekalan 3 hari, dia bagi kat Hadif 2 biji, dia makan 11 biji..abis!*
dia assume vitamin tu macam vitamin scott yang aku selalu bagi kat Hadif setiap hari..

apa jadi?

adik aku (bakal doc) cari balik plastik vitamin tadi, tengok kandungan vitamin tu..
pastu dia cakap " damia !! apa la bagi Hadif benda ni, dahla 1 biji 100mg..patutla Hadif jadi macam tu"
100mg x 2 = 200mg?

ok.. nak marah banyak-banyak pun sia-sia saja..

lagipun budak Hadif dah jadi lembik & tak bermaya..

kitorang pun bagi dia rileks je, tapi bila orang-orang tua sekeliling dok bebel push2x suh pergi klinik..
terpaksa lah pergi klinik..*malas nak tadah telinga sebenarnya*
kitaorang pun ada basic medic, setakat dehydrated jela budak Hadif ni..Bagi 100 plus , rehat cukup-cukup..ok aja..
tapi, ikutkan aja lah pesanan penaja, sedapkan hati semua orang.. =D

sebab dah pukul 6 lebih, Bachok ni memang semua klinik tutup..
so, lalu klinik kesihatan (KK) tengok ade orang, masuk jela kat situ..
aku kurang sikit dengan KK ni sebab tunggu lama satu hal..
pastu jumpa doc, doc tak check pun, sekadar tanya-tanya-tengok-dengan-mata..pastu bagi diagnosis..
"oh, anak awak demam" ceh..doc cap ayam betul!
aku pun boleh bagi diagnosis macam tu..

maghrib baru setel, balik rumah makan paracetamol, terus tertido..
letak coolfever pun pasrah aja..tak melawan, selalunya kalau demam,aku letak coolfever,macam berperang dok cabut balik atas dahi..=p

pukul 1.30 am, bangun dok melompat atas katil..
ok, dah baik dah budak ni..minum susu, tido balik..
Alhamdulillah..

esoknya, bangun pagi bau semerbak aje bilik..
buka lampu, tengok katil..
aiyaa, abih bocor lampin..
ok, totally semua toksin dah buang..
syukur!

=D


apa jadi dengan damia?

esoknya, cirit-birit..
emm~

note : vitamin  C seingat aku, kanak-kanak 1-3 tahun, boleh ambil 15-30gm untuk satu hari..ok!!!

moral of the story : walaupun budak Hadif tu jenis tak kutip benda yang dia jumpa kat atas lantai-pastu-masuk-ke-dalam-mulut.. sila alert dengan orang sekeliling dia juga~

sekian!


Monday, September 9, 2013

:: water confident level ::

assalamualaikum..

sebab budak Hadif sangat glemer dengan gelaran budak juruh @ budak sopan santun mengalahkan perempuan..mahupun budak yang sangat pembersih..

last weekend, umi & dedy menyahut cabaran bawak la dia pergi kolam,
mencabarkan dia untuk water confident..
walaupun tahap buku lali..

haha..
aku tak tahu la menurun kat mana budak Hadif ni..
umi & dedy punya la ekstrem, sampai kat dia, ntah di mana genetik itu datang..
gen resesif agaknya..
ha.ha.ha

sebab dedy cedera, maka umi dia la yang kena jaga, dedy jadi pemerhati..



 nak masuk kat kolam ni pun dok main tarik-tarik tangan..
penat kena pujuk baru masuk..
tu pun, dok cakap.. "tok chey..tok chey..eiiii*sambil tunjuk daun yang luruh masuk kolam"
alasan nak larikan diri la tu..

penat main psiko je ngan budak Hadif ni..


 sekali aku rendam dalam kolam kat belakang tu, melalak tak tentu pasal..
* buat malu aje sih..=P*


water level confident : air sampai buku lali..
haha~

masuk tak sampai setengah jam, sudah ajak balik..
nasib baik harga tiket rm2 je..
hukhuk..

kadang-kadang hepi juga sebab dia macam tu.. 
a very polite boy!
senang nak jaga..
=D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers