Monday, October 7, 2013

:: back to routine lab ::

assalamualaikum..

=)

sekarang tengah adjust persekitaran..

kerja dah 2 tahun kat sini, aku kembali masuk ke makmal rutin..
ganti orang je pun..huahua..
takpe, multi-tasking..
ada orang kata, sebab aku paling junior kat sini aku yang kena dimasukkan..
ada yang kata, sebab senior yang nakkan..
dengar kata orang, macam-macam punya pandangan..

bagi aku, asal gaji jalan..INSYALLAH, aku buat kerja dengan ikhlas & penuh dedikasi..

=D

 sampai tahun depan ATAU .......?


nampaknya, malam-malam tidur awal sebab sedut formalin hari-hari..

hehehe~

aja!aja!fighting!!

Saturday, October 5, 2013

:: berhujung minggu ::

assalamualaikum...

=)

 jumaat kena hantar dedy pergi epot.. ke KL  sebab urusan duniawi..
melalak budak Hadif nak ikut,last sekali separuh jalan dah tertidur sampai hantar dedy-tak sedar-sedar,tengok-tengok dah sampai rumah balik..

 bagus punya co-pilot..
hahaha~

so, hujung minggu ni dedy takde, heaven la sangat!

 bbq kambing la kita pada malam hari!!
=D


 tak sempat buat side dish...ish2x..
wassap kat dedy, jeles tak ingat!
=p



sabtu, kita ke epot lagi..

say gud bye untuk adik aku..
yang akan meneruskan pengajiannya lagi di bumi anbia..
Ya, Allah! semoga Kau sentiasa melindungi dia di sana..
belajar leklok, jaga diri, mie!

budak Hadif yang sentiasa mengekori abang faiz..
melalak nak ikut abang Faiz balik Kerteh..
takpe, raya haji abang Faiz balik lagi..

=)


oiiii... pepagi subuh esok kena pergi epot lagi ambil dedy~
=D


Thursday, October 3, 2013

:: DKB : burger bakar by dedy ::

assalamualaikum..

minggu ni semua orang sibuk..
mak ayah sibuk dengan buat persiapan adik aku yang akan kembali ke Mesir..
adik aku yang kecik sekali pun sibuk, ada 2 minggu je nak pulun untuk STAM, muka tu macam semak je,maybe banyak ilmu dalam kepala yang dihafal..
=D
sekejap saja masa berlalu..
aku dengan en asben pun sibuk, sibuk hari-hari masuk bank..hahaha~ apela, harap semua selesai dengan jayanya.. Amin..


lalu, en asben buat plan nak buat burger bakar sempena kesibukkan masing-masing..hakss..

laki aku ni, sebulan sekali datangla mood masak dia, walaupun bising cari benda tak jumpa kat dapur..
aku kena ada sebagai assistant, kalau tak haru 1 rumah..
tapi, syabas juga buat dedy sebab segala masakan yang dia buat sedap!

burger bakar dedy


kepingan daging
- 250g daging kisar
-1 bawang besar (dicincang halus)
-1 biji telur
-10keping biskut tawar (aku pakai cap hup seng, kisar sampai halus)
- sos BBQ
-blackpepper
-seasoning
-garam

* daging + biskut dicampur sampai sebati, biskut dijadikan agen pelekat yang baik + tambah telur + bahan2x lain seperti di atas.. bentukkan menjadi kepingan daging dan perap selama 2 jam di dalam peti.

* bakar 180 darjah celcius, 20 minit dalam oven (sebab hari hujan, takleh nak bakar dengan pembakar kat luar rumah, kalau guna pembakar ajaib pun ok, cuma jadi juicy sikit daging nanti)

sos blackpepper
- 1 biji bawang besar, di kisar halus
- 2 sudu marjerin/butter
- 250ml air masak
-100ml susu segar
-sos tiram
-sos tomato
-sos cili
-kicap
-blackpepper
-1 sudu tepung jagung
-garam secukup rasa

* panaskan kuali, letak marjerin/butter sampai cair, tumiskan dengan bawang besar..masukkan susu,biar mendidih,masukkan semua bahan di atas, ikut citarasa masing2x nak sedap yang macam mana..biarkan sampai pekat dan mendidih..


dressing the burger

-roti burger yang diletakkan marjerin dibakar seketika, lepas tu letaklah salad+tomato+timun+sos blackpepper+mayonis+sos cili+kepingan burger yang dibakar sekejap bersama keju+tomato+timun+sos cili+mayonis+roti burger..

siap untuk dimakan..
=)

Hadif tak boleh makan burger, so lebihan daripada kepingan daging tadi, dedy bulat-bulatkan jadi meatballs.. pastu dia makan dengan lahapnya,tak bagi satu pun kat orang lain..T_T



2 budak yang sibuk dengan urusan masing-masing..

credit to dedy.. thank you..


selamat mencuba!




::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers