Tuesday, December 17, 2013

:: berarak ke sungai Isap ::

assalamualaikum...

weekend lepas sempat melawat kawasan sambil pergi majlis kahwin sepupu, apiq..
naseb baik banjir di kawasan rumah pengantin sempat surut dengan baik, walaupun semua kawasan kejiranan tengah struggle cuci rumah masing-masing..
pendek kata 90% barang rumah terpaksa dibuang..
sukarelawan memang ramai turun padang, jentolak, lori DBKL pun banyak..

aku bersimpati..rumah pengantin pun lagilah penat nak bersih sebab nak kenduri kan..

apa-apa pun, majlis selamat diadakan walaupun kurang sana sini..

 Syafiq & Awin..
3x jugak kena dengan tok kadi..
haha..
apa-apa pun, selamat pengantin baru..

 seperti biasa, aku tiada dalam gambar..

syafiq ni kapten TLDM..
dulu kecik-kecik rapat, sekarang dah besar panjang ibarat "aku kelih mu,mu kelih aku..pastu...."
=D

mostly depan setiap rumah banyak sampah, kereta tersadai dan kain baju di jemuran..
ewww~

lepas kenduri, lepak di teluk cempedak..

Hadif dengan idola dia..
=D



tunggu majlis belah lelaki pula hujung bulan ni..
=)

Thursday, December 12, 2013

:: kerja kahwin ::

assalamualaikum..

=)

dah lama tak buat kerja kahwin kan?
nak tunggu adik yang 2 orang tu lambat lagi..
haha..
..
cepat sket membesar ye!
=D

takde motif langsung..
T_T

gambar kahwin Hanis dah siap..
walaupun orang kata tangan aku berseni, tapi aku memang fail  bab susun gambar dalam sticky album..
buat sakit telinga je kena bebel dengan dedy.. last sekali dedy yang kena susun sendiri..
haha~


 duit mas kahwin my cousin..
setelah berteka-teki jadi tak kahwin sebab belah perempuan jadi mangsa banjir kat kuantan nun..
Alhamdulillah,banjir dah surut, confirm belah perempuan tengah struggle buat persiapan..
INSYAALLAH, jadilah kita ke kuantan ye hujung minggu ni..

dan gubahan ni bukan hasil tangan aku..
haha..
ni mak yang buat.. aku tak pernah buat, kalau mak suruh buat pun belum tentu seminggu siap..
haha~
tangan mak lagi berseni daripada anaknya..
kalau aku gamaknya aku gulung-gulung biar jadi pagar semuanya..
=D


Monday, December 9, 2013

:: the cupcakes ::

assalamualaikum..

aku pernah buat paling banyak cupcakes untuk satu tempahan adalah 500 pcs..
=D


 last weekend, buat 200 pcs untuk tempahan..

macam mana nak handle?
dengan budak Hadif lagi..

emm... tipu la kalau budak Hadif tak kacau,kan?
tapi pandai-pandai la, dah nama pun budak..
tapi Hadif ni versi juruh la skit pada budak lain..

setakat tanya..

"umi, umi wak pe tu?"
" umi wak kek"
"umi wak pe tu?"
"umi wak kek"
"kek?"
"iye"
" abang Hadif nak kek ni,leh?"
"nah"

ambil dan makan ising je.. T_T

pastu, tanya lagi macam dialog di atas..hahaha..penat layan dia cakap je..
last sekali, " Hadif, apekata Hadif gi ketuk bilik che su,main pau?"
"main pau?"
"ha, gi lah"
"che suuuuuuuuu, nak main pau!"

fuh, selamat dari layan dia..
haahaa~

sambung balik buat kek..

lagi satu, nak handle kek bebanyak ni..kena korbankanlah masa..
malam sebelumnya, siapkan terus bahan2x..
pagi selepas subuh, campak je dalam mixer.. * berangan nak mixer yang lebih besar..hehe*
siap, bakar.. time tu Hadif baru bangun, dan menjenguk ke dapur..



part time work.. dedy suruh buat bisness card..haha..
ikut jela, walaupun xseberapa..



cupcakes ni hanya ku terima untuk 50pcs dan ke atas sahaja..
=)

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers