Thursday, March 6, 2014

:: concern about me & you ::

assalamualaikum..

sejak akhir-akhir ini.. ramai sesangat dok iklan pasal set nak awet muda, nak putih melepak, nak-itu-nak-ini.. perghh.. iklan pulak kat aku..aku ni baru nak masuk 26 tahun,taw! tak berapa rasa nak tua lagi.. =D

lagipun aku ni dikelilingi dengan suasana sangat "medical"
kerja spital, kakak n abang ipar doc, Insyallah adik nanti pun doc..
aku je tak kesampaian jadi doc..haahaha~ tapi mostly specimen yang sampai kat lab aku datang daripada kaum perempuan tawwww!!! seriously... T_T


selalu dok bersembang pasal ni.. at the end, conclusion.. hiduplah secara naturally..

i paste one of my favourite opinion from my friend  :

Seringkali terbaca perkongsian di facebook berkenaan produk kesihatan alternatif. Bukan bermaksud tidak percaya, apatah lagi ingin merendahkan usaha orang lain, cuma ingin berkongsi pandangan dari fikiran seorang pelajar perubatan

1) Trend terkini. Dalam minggu ini sahaja terbaca iklan produk kesihatan yang menggunakan modus operandi yang sama. Pertamanya menyatakan ianya mendapat pengiktirafan atau kajian dari negara-negara maju seperti US, UK, New Zealand atau Australia. Keduanya, dengan menggunakan hanya satu produk kesihatan itu, mampu mengubati pelbagai jenis penyakit yang memang biasa dalam masyarakat kita seperti stroke, kencing manis, darah tinggi, barah, kulit dan lain, malah ada yang boleh mengubati penyakit down syndrome. 

2) Kagum dengan negara maju. Masyarakat kita cenderung untuk percaya sekiranya dinyatakan satu produk itu telah dikaji oleh negara maju, walaupun tiada butiran lanjut dan belum ditentukan kesahihannya. Saya meragui adakah betul-betul wujud kajian ini atau sekadar dipetik namanya ikut suka. Dan jika wujud sekalipun, belum tentu lagi validity kajian ini. Dalam proses akademik sains, kajian yang wujud pun boleh dicabar kesahihannya. Jadi janganlah terlalu mudah percaya hanya kerana melihat nama-nama negara gah seperti US dan sebagainya. Sejujurnya saya lebih percaya jika diberi contoh, Kajian Buah Betik Berkesan dan Mengurangkan Risiko Rabun Jauh yang dikendalikan oleh Dr Anas Che Nik, siap dengan butiran lengkap dari (hanya) Universiti Malaysia Kelantan berbanding produk-produk kesihatan di atas (tanpa menyebut spesifik university mana dan siapa penkaji dia)

3) Satu ubat, sembuh segalanya penyakit. Secara logik, sesuatu ubat pasti mempunyai mekanisma tertentu untuk merawat sesuatu penyakit. Satu ubat mungkin boleh digunakan untuk lebih dari satu penyakit asalkan peyakit-penyakit ini berkaitan. Tetapi hujah menggunakan satu produk kesihatan ini tetapi mampu merawat berpuluh-puluh penyakit walaupun tidak berkaitan, contohnya penyakit serangan jantung dan penyakit kulit sensitif, semestinya menimbulkan keraguan dalam fikiran kita yang normal. Ada yang mendakwa ubatnya itu boleh merawat kencing manis dengan mengurangkan kandungan gula di dalam darah. Tetapi juga boleh dimakan oleh orang yang sihat. Mesti akal logic kita akan berfikir, ubat yang boleh mengurangkan kandungan gula di dalam kencing manis, sekiranya dimakan oleh orang normal, semestinya akan menurunkan gula di bawah tahap normal-hypoglycemic. Analogi umum yang mudah, kerosakan bagi sebuah kereta seperti tayar bocor, minyak pelincir kering, wiper haus, radio kurang coverage takkan hanya selesai hanya dengan membaiki pintu (tiada kaitan langsung). Kesimpulan mudah, penjual cuba menarik seramai boleh pelanggan.

4) Jalan pintas. Orang kita suka jalan pintas. Ingin sembuh secara pantas, tanpa bersusah payah mengikut peraturan rawatan. Nasihat-nasihat mengubah cara hidup seperti berhenti merokok, banyakkan bersenam, jaga pemakanan yang seimbang, terasa berat untuk dicuba, dan dilihat sebagai mustahil. Akhirnya ubat yang menjanjikan 1001 kesan ‘lumayan’ ini yang menjadi pilihan.

5) Bertanya. Tidak bersalah untuk bertanya kepada doktor akan kesahihan ubat-ubat yang dipromosi ini. Doktor wajib memberi penjelasan berdasarkan ilmunya. Tetapi pilihan akhir adalah di tangan pesakit. Yang penting, buatlah pilihan dengan ilmu.

6) Buat bisnes. Saya faham penjual-penjual mencari rezeki daripada jualan-jualan produk ini. Sama dengan doktor-doktor mencari rezeki dengan bekerja di hospital. Cuma saya rasa kita kena berhati-hati sekiranya kita menipu dalam pekerjaan kita. (sekiranya betul tidak mengapa, kita lebih mengetahui urusan pekerjaan kita)
7) Kesan panjang. Penyakit-penyakit yang yang kita hidapi mungkin kesan daripada cara hidup kita sejak muda-muda dahulu lagi. Dari segi pemakanan, merokok, senaman dan sebagainya. Apabila usia telah meningkat, badan sudah lemah, maka penyakit ini menunjukkan kesan-kesannya. Jadi, ubahlah dari sekarang. Tiada istilah terlambat untuk menjaga kesihatan.

8) Selain daripada usaha kita menjaga kesihatan ini, jangan dilupakan berdoa kepada Allah supaya dikekalkan dalam kesihatan yang baik, dipermudahkan untuk mengerjakan amal ibadat. Peraturan sunnatullah dan syariatullah keduanya harus diambil kira.

9) Saya meminta maaf sekiranya ada ahli keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan yang terlibat dalam jualan produk kesihatan alternatif ini. Saya sedaya upaya tidak menyentuh perbandingan antara perubatan di hospital dan perubatan alternative, Cuma focus utama cerita ini adalah dari segi menkaji sebelum percaya.

10) Mati tidak mengenal penyakit. Ada yang sihat walafiat pun boleh dijemput ajal. Penyakit hanyalah antara salah satu asbab kematian. Tidak kira kita sihat atau tidak, sentiasalah ingat mati.

and this from a prof from HUSM : her



Youth is something that you can't go through for the second time.. 

so please enjoy your life naturally and peacefully..

and

Please!!!!!!!!

jangan iklan kat aku lagi..

aku nak hidup secara natural, nak grow old with my hubby n my budak Hadif dengan aman-damai..

=D

Wednesday, March 5, 2014

:: Musibah dan rahmat dari-NYA ::

assalamualaikum..

dugaan adalah sebaik-baik pendidik untuk kita sentiasa bersyukur dan beringat, kita hanya Hamba Allah yang serba kekurangan..

Alhamdulillah, walaupun kerugian sebanyak itu..
mak sepupu selamat kerana tiada di rumah..
bayangkan kalau dia ada di rumah? nauzubillah..jauhkan kami daripada segala kecelakaan..



semalam, selepas zohor..
aku dapat panggilan daripada adik yang rumah nenda pula yang terbakar..
bergegas pulang..








punca : litar pintas dari plug ini..

Alhamdulillah, walaupun bomba lambat sampai 20 minit sebab bomba bachok takde pergi padam api di kawasan lain, dan terpaksa bomba dari pengkalan chepa datang, which is jauh okey dari rumah..
dengan bantuan orang kampung yang sangat-sangat membantu, ruang tamu kedua + satu bilik completely hangus terbakar sahaja... kalau harap tunggu kedatangan bomba, habislah satu rumah!
20 minit lepas tu bomba datang dengan 3 jentera + sesat tak jumpa jalan masuk..adehla..


nasib baik ketika itu, kakak ipar aku ada, kalau tak,tak tahulah dengan nenda-yang-tak-boleh-berjalan dan tak-tahu-pun-ada-kebakaran..
sesungguhnya Allah memegang hati-hati kita..
Allah menggerakkan hati kakak ipar aku untuk pulang ke rumah sebab sehari sebelum tu dia memang takde kat rumah dan tengah hari semalam tergerak hati balik ke rumah sekejap..



 barang selamat dipunggah dengan bantuan orang kampung..

malamnya, kami buat sujud syukur..
Alhamdulillah..
walaupun semua barang budak Damia hangus terbakar..
tiada kecederaan pada yang lain..





sentiasa beringat..
musibah datang untuk menjentik rasa kita agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT..

=)

Sunday, March 2, 2014

:: rotasi 2014/2015 ::

assalamualaikum..

memasuki tahun 2014,bermakna dah hampir 3 tahun aku kerja kat jabatan patologi..
dannnnnnnn tahun ni bila jadual rotasi dikeluarkan..
mostly semua staf bertukar tempat..

err..aku daripada status dipinjamkan terus dikekalkan di makmal rutin..
hampir 3 tahun kat sini, 6 bulan je dok unit lain..
haha..jodoh betul~

so,start harini, marilah bekerja dengan team mates baru di makmal rutin!

 selfie sikit..
muahaha~


sepanjang tahun ni, banyak cabaran terpaksa ditempuhi..
obviously dengan renovation jiran kat atas..which is jabatan en asben yang sangat-sangat menggugat keimanan.. baru proses pecahkan dinding-dung-dang-dung-dang-sakit-kepala..tak lama lagi turun pecahkan dinding lab aku ni plak..pastu akan adalah debu-debu berterbangan.. lab tak boleh nak tutup sebab servis berkaitan dengan patient..huahua
ye, sila bersabar untuk 8 bulan seterusnya.. fuh!


hohoho~

misi tahun ni : zero complaint..
yuk!

=D


::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers