Thursday, December 25, 2014

:: baru pasang barang beli di ikea u olls ::

assalamualaikum..

kalau ikut entry ini, soping sakan di ikea sampai full kereta, nak tahu beli apa? jom lah kita tengok apa yang laki bini ni rembat kat sana tapi baru minggu lepas nak pasang semua barang..
nak buat macam mana, sibuk u olls..

pergi pasang pun curi-curi masa lunch hour, nasib baik dekat je HUSM dengan apartment..
ni pun menumpang rumah akak aku, which is jiran depan rumah ai..
rumah ai ade penyewa, so tak boleh nak masuk..kira pasang siap, ketuk rumah penyewa tu,pastu sumbat je barang kat sana, haks..

 so, preggy mum ni dengan baik hati tolong en asben pasang satu..yang paling mudah sekali, iaitu pasang kaki meja..
haks..

 setengah jam jugak nak siapkan Tarendo ni..
haks..

tara...
pakej sekali dengan ADDE chair...
siap untuk meja kerja @ study
=)

Dedy pula pasang BREIM,


beli yang ni je sebab kat rumah tu dah ada kabinet baju built-in tapi kecik je..
kalau aku sumpah tak cukup, so yang ni sebagai back up dia..
=)




tak lupa rak kasut BISSA sebab ruang masuk sempit, kalau takde rak kasut memang haru-biru depan pintu masuk..
=D


yang paling besar tu DOMBAS untuk bilik di rumah MIL..

barang ikea memang praktikal, cuma tu la lelah bab nak pasang je..
hiks..

=D

Tuesday, December 23, 2014

:: Hadif & chicken pox ::

assalamualaikum..

dah 2 minggu Hadif kena chicken pox.. huhu..
Alhamdulillah, sekarang tinggal saki baki dot-dot kat badan..
*nasib baik la ye kena masa kecik, kalau tak habis la ye parut kat badan.. tak hensem u!ewww~*

ni kes berjangkit daripada adik aku , lepas tu jangkit pula dengan anak sedara, lepas kena kat Hadif, lepas ni sapa pula?ho.ho.ho
start pula dengan demam panas 3 hari, baru timbul bintik-bintiknya menyusul..
Alhamdulillah, tak la meragam sangat bila demam dah kebah..

tak pergi klinik pun..
cuma minum paracetamol 250mg, sapu losyen calamine.. INSYALLAH masalah chicken pox ni akan beransur pulih..
tak apply langsung amalan tradisional..hakss..



satu, kena bagi semangat kat dia supaya tidak menggaru-garu..
berat badan pun turun mendadak..
huuhuu..

beli hadiah botol baru nampak semangat sikit Hadif ni..

get well soon, son!

=)

Tuesday, December 16, 2014

:: perkara yang menggoda di hujung tahun ::

assalamualaikum..

hujung tahun memang sangat menduga iman betul.. sana-sini sale, tak gitu.. tak payah pergi jauh, dok mengadap depan mata, klik sana-sini penuh dengan Year End Sale.. hew hew.. * lap peluh*

padahal pergi KL aritu dah banyak YES dengan duit.. haha..

dapat 4 keping cash voucher dari Sogo, tapi nak buat apa, bukannya tinggal kat KL, bagi free kat abang.. Sogo ni pandai saja suruh orang tabur duit kat sana lagi.. "-_-

minggu ni dapat lagi voucher, bila en asben redem mata kad petron..
sapa dah redem?


dapat p Legoland!! yippee sangat, padahal tarikh luput 31 march 2015..
haha..kesian kat aku, rasanya dapat jejak tak Legoland time tu?
kalau terberanak awal, bley i p rasmi, kalau tak isk..isk..spoil macam tu je.. teringin nak bawa hadif p theme park macam tu, dulu masa pergi Universal Studio Japan dia baru 1 tahun 3 bulan..tak ingat pape pun.. Hadif sekarang pun, singgah di stesen Petron bukan main tunjuk Legoland kat pam minyak tu.. 

klik here for more detail


ni belum terjah website barang baby lagi ni..
hakss..

sabar.sabar.sabar.



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers