Sunday, January 18, 2015

:: baby H : 34 weeks::

assalamualaikum..

=)

orang tanya : hajar, bila due?
aku jawab : bulan 2
orang kata : eh, bulan depan dah kan?
aku jawab : a'ah, ye la kan?

tiba-tiba nervous.. haha~

how time fliesssss~

pregnancy kali ni kurang catatan dekat sini,kalau dulu pregnant Hadif, siap je monthly check up,balik tu terus updates,haksss..kesian baby H.. umi sibuk dengan kerja lain.. tapi so far so good..



Alhamdulillah, monthly check up selalu scan, tapi tu la, takde tanda-tanda nak menonjolkan diri lagi.. sabar dedy, sabar umi..
=)

last check up, ada 4 doctor dok kerumun ai dalam bilik ultrasound..siap interview en asben lagi..

doctor : hebat awak berdua ni, jarak anak jauh.. merancang ke?
en asben : merancang manually je, doc..
doctor : tak pakai kondom? *dengan muka tak percaya*
en asben : tak, doc..
doctor : hebat2x... kalau saya tak boleh guna macam tu, buat macam tu macam cari nahas je..haha


hahaha..pape jela doc

doctor : kepala baby dah kat bawah dah.. air ketuban pun banyak..
aku : eh, cepatnya..*gulp*




pregnancy kali ni aku plan untuk lebih sistematik dalam breastfeeding..INSYALLAH, siap beli dah storage bottles, dulu time Hadif pakai bekas dadih je..haha..jimat sangat..tapi untuk baby H, tak boleh letak dalam bekas dadih dah sebab nak stay rumah mertua,rumah mertua takde deep freezer dan mak mertua ku memang banyak guna bekas dadih nak simpan makanan dll.. maunya tertukar?huhu~



the best deal i get : 2 kotak storage bottles (20 pcs) RM 46 and storage bag for RM9.00.. 
hanya di e-mumshop... 





rezeki baby H, ada akak senior bagi 2 kotak lagi storage bottles (20pcs) dan ice pack..
Alhamdulillah..

=)


bedung baby by my mum.. puas hati jahit sendiri pada beli yang ready made..(cotton flannel, 1meter x1meter)
*aku punya la gaduh dengan Hadif nak pilih kain untuk bedung ni kat Nagoya, Hadif semua benda nak kaler merah..grrrr..last terpaksa mengalah dengan dia..*


so far, kelengkapan baby H dah 90% siap, tunggu top up  mane yang patut je..barang Hadif pun ada lagi yang tak terguna masa baby..hipss..


me @ 34 weeks..
orang kata kecik je perut, padahal hakikatnya,baju-baju biasa yang pakai time pregnant Hadif dah tak boleh pakai..hoho.. nampak gaya baby H lagi besar pada abang Hadif..=)

i wish more calaqisya jubahs come to me..hakss..
boleh pakai time tak mengandung, masa mengandung & lepas mengandung,even during nursing nanti..

T_T




Monday, January 12, 2015

:: Hadif masuk sekolah ::

assalamualaikum..


how.time.flies~

*lap air mata*

anak ai dah masuk 4 tahun dah tahun ni..*terharu*

so, we olls decide nak masukkan dia ke alam persekolahan..bergaul & berdikari dengan rakan sebaya.. gitu..

banyak tadika di survey-survey.. tanya-tanya orang berpengalaman..ini yang penting ye agar tak tersalah pilih, sesuai dengan umur, pendidikan & bajet mak bapak..

so, setelah ditapis, diulang,dibincang umi-dedy, so we olls decide untuk hantar anak teruna kami ke Tadika Mawaddah.. 

Tadika Mawaddah ni ada 9 cawangan di Kelantan, well-known dan testimoni mak bapak memang memberangsangkan.. dan yang penting yuran bulanan & deposit tahunan aritu murah giler pada others well-known kindergarten kat sini..hakss.. =D

dah daftar Hadif sejak bulan 11 tahun lepas lagi..* semangat u olls*
last sekali sepatutnya start sesi sekolah minggu lepas, terpaksa ditunda kepada minggu ni..

SEBAB BANJIR..hohoho.. 7 cawangan tadika ditenggelami banjir memaksa sesi terpaksa ditunda..
Hadif pun kalau orang tanya,bila nak pergi sekolah? dia jawab ,"sekolah Hadif banjir"..so selalu refuse nak pergi sekolah..hakss

1st day, nak bangun liat semacam..haha, tak biasa bangun pagi.. nak pakai baju satu hal..setiap benda nak kena pujuk..puji kena lebih-lebih gitu..=p

sampai sekolah, malu-malu.. lepas tu nak duduk atas kerusi pun suruh umi lap dulu..haks,dasar pembersih buadak Hadif ni..
sekolah pun plain je, cikgu kemas apa yang patut je sebab banjir.. take time juga ye nak deko-deko balik semua ni, paras air banjir dalam tadika pun dah paras pinggang..huhu

kelas 4 tahun.. aku tengok budak lain punya la besar tubuh badan berbanding Hadif..haahaha..
faktor genetik+lahir hujung tahun (sedapkan hati..=p)
so, tinggalkan Hadif sekejap dengan cikgu sebab terpaksa isi balik borang pendaftaran sebab semua rosak ketika banjir.. tiba-tiba dengar Hadif menangis,panggil umi & dedy..umi dah start sebak dah ni dengar anak nangis, tapi cikgu cakap, tinggalkan saja,nanti oklah dia..

masuk dalam kereta, umi & dedy diam seribu bahasa..layan perasaan..tiba-tiba dedy cakap,"Hadif masuk tadika pun dah rasa sebak, kalau masuk darjah 1,tak tahu lah"

hikss..

balik kerja, pergi ambil, muka hepi je salam cikgu-bye-bye.. lepas tu dok cerita aktiviti dia buat kat tadika, seronok pula.. macam harapan esok akan okey je..


hari ni?

semangat bangun pagi, mandi, tapi taknak pakai baju sekolah..pujuk-pujuk,pakai la jugak..bekpes siap.. sampai tadika, taknak turun kereta..haha..

masuk kelas, okey je.. tiba-tiba budak lain menangis, dia pun start menangis juga..

hoho..

umi & dedy tinggalkan saja..
salute kat cikgu yang pandai handle budak ramai-ramai yang macam-macam peel..

cikgu kata biasalah kalau seminggu macam-macam perangai untuk serasi..lagipun Hadif tak pernah bergaul dengan ramai kawan-kawan, take time la ye!
harap semua berjalan lancar..
amin..

semoga Hadif dapat manfaat belajar di Tadika Mawaddah..belajar jadi anak yang soleh & pandai..
amin..





Wednesday, January 7, 2015

:: banjir 2014 dalam kenangan ::

assalamualaikum..

hi,selamat tahun baru untuk semua! permulaan tahun 2015 yang tak de feel orang kata.. feel menyental rumah mertua je yang ada..haks..walaupun hakikatnya aku hanya sekadar tengok dan alihkan benda-benda kecik je..tak larat dah, sakit pinggang u ollss..

Dan sebenarnya 26 tahun hidup di bumi Tuhan ni, tak pernah rasa jadi mangsa banjir, lagi-lagi tinggal di Bachok,kan.. ayah kata last Bachok banjir tahun 1960-an, tu pun sebab empangan semerak tak bina lagi.. lepas tu, memang tak banjir dah..

kalau nak main air banjir, pergi daerah lain gitu.. dan tahun ni merasa la u olls, ai kawen dengan orang pasir mas, bolehla merasa banjir.. =p walaupun menurut cerita mak mertua, last rumah masuk air banjir tahun 2004, tu pun hanya satu anak tangga tenggelam.. tahun ni, ambik ko, 4 anak tangga tenggelam.. merasa terputus hubungan dengan dunia luar 4 hari..hoho.. mak ayah cemas tak terkata bila dapat hubungi mereka selepas hari itu.. hmm..

Rabu, 24 december 2014.

MIL telefon, katanya air sungai Kelantan dah naik tebing, en asben kol ai, cakap jom balik pasir mas, so, we olls blah kerja awal.. ambil Hadif rumah nenek ( Bachok ) terus balik rumah mertua.. Petang tu, en asben ajak pergi tengok air sungai.. Jarak rumah-sungai kelantan dalam 400-500 meter..

tebing sungai Kelantan mula melimpah ke jalan..

 masa ni, en asben cakap "tahun ni merasa la banjir kita ye"
aku jawab balik " rumah jauh pun, air masuk ke? "
"eh, 2004 aritu naik ni"

tak sampai sejam meround kampung..
orang kampung di pinggir sungai diarahkan berpindah..


kejap je u olls, ade budak tu rumah dia di tebing sungai dah tenggelam, tinggal bumbung je..

so, balik rumah semula..
dok borak-borak.. mak mertua kata angkat la yang mana patut.. rasanya sama je ni dengan tahun 2004.. anak-anak lain pun tak dipanggil balik, ade sorang anak ni pun boleh handle..

handle la sangat.. amik ko, tak tertido malam dibuatnya..

hampir pukul 11 pm, air mula masuk bahagian dapur dan bilik bawah termasuk bilik we olls..

bilik we olls mula dimasuki air.. en asben mula menyelamatkan almari IKEA, almari baru beli u, tak sampai sebulan lagi pakai..hoho.. at the end, kena say bye-bye juga kepada almari itu.. sobss..  tak sangka air naik sampai paras pinggang, dan tiada kudrat untuk mengangkat kalau seorang je tukang angkut semua barang..

akibat banjir 2004 yang dulu, mak mertua telah upgrade ruang tamu jadi tinggi 1 anak tangga dengan harapan air tak masuk, sekali join sekaki la ruang tamu ni..huhu

barang-barang kira angkat letak tempat tinggi je, misalnya, sofa letak atas katil, almari letak atas katil, kerusi letak atas meja.. at the end, semua tenggelam..hohoho..

nasib baik sempat alihkan kereta ke tempat tinggi..Alhamdulillah..


Khamis, 25 december 2015

tidur sekejap lepas subuh, tak larat dah bersengkang mata, sekali riuh satu kampung, main air la kita ye.. join main air, walaupun Hadif yang terkenal dengan tahap pembersihnya,asyik dok cakap air kotor,last sekali tengok orang happy main air,apa lagi, join sekaki juga akhirnya.. =p

 kejap je, air dah paras lutut waktu pagi itu..

 air pun dah melimpah jalan raya..

bagaikan pesta, orang dok main air..

Hadif yang takut air..


menjelang tengah hari, bekalan air dan elektrik mula terputus..
talian telefon juga turut terputus..huhu

pagi-pagi semua riuh, kenderaan 4x4 dok main air..
sekali petang, sunyi je, hanya bot dan trak tentera je yang lalu depan rumah..haha


rugi je takde speedboat time nie..
bila lagi nak naik bot atas jalan raya,kan?=p

nasib baik jadi rumah 2 tingkat, dapat la jadi tempat teduhan..


nasib baik dapat selamatkan dapur + tong gas, boleh masak-masak..=p

Jumaat 26.12.14 & Sabtu 27.12.14

air terus maintain naik.. nak ambil gambar pun tak boleh sebab bateri henpon dah kong..haha


 yo yo je letak semua barang dalam besen, lepas tu letak atas meja makan dan kabinet dapur, tengok-tengok semua terapung merata rumah sebab meja dan kabinet dapur pun tenggelam..hakss..

petang Sabtu, air mula surut..Alhamdulillah, surut pun cepat je..air p hentam kota bharu pula..

Ahad 28.12.14

Alhamdulillah, boleh balik rumah.. sampai rumah.. lemah lutut je tengok lumpur &selut di sekeliling..huhu

misi membersihkan lumpur dalam rumah pun ambil masa 3 hari akibat tiada bekalan letrik & air..
mop 3 kali pun still kesan lumpur tak tanggal lagi..hmmm





tar di laman rumah terus rosak..sekali pijak, terangkat terus dengan lumpur.. kuat betul daya tarikan selut ini..

Almari Dombas (ikea) dalam kenangan.. sobs..

Sesungguhnya kuasa Allah Taala tiada siapa yang mampu menghalangnya..kenangan banjir 2014 memang memberi satu pengalaman dan pengajaran berharga buat kami semua.. walaupun banyak kerugian yang ditanggung, bila difikirkan, ada mangsa yang kehilangan terus tempat berteduh, mari kita panjatkan segala kesyukuran kepada-Nya.. Harta boleh dicari, nyawa tiada galang ganti..


bak kata ibu mertua ku, kalau Gua Musang & Kuala Krai naik air, kita dah kena start punggah barang naik atas.. =D

nak bersihkan rumah sebulan pun belum tentu selesai.. haiiilooo..






::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers