Tuesday, February 3, 2015

:: D.I.Y : meja study ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, rentetan daripada kejayaan membuat semula almari ikea (entry) , en asben telah berkobar-kobar untuk buat meja study pula..
meja study we olls memang totally kena buang, memang terendam elok dalam banjir hari tu..
=D

perancangan mesti ada, gaya macam arkitek yang berkaliber..
haks..

tapi outcome jadi design lain..
haha~
 meja ni ambil masa 2 hari je..
kejap sangat..

 Hadif setia jadi tukang sibuk..

tiang meja guna sisa almari ikea tu..haha, potong sikit mana yang rosak..


 siap!

 malam cat semua jadi putih..

 melainkan permukaan meja sebab lepas gosok dengan kertas pasir pun, rasa kasar lagi..
so en asben suruh ai pasang pembalut je atas dia..

 jadi, sumbangan ai pada meja ini adalah membalut kertas hadiah pada permukaan meja..
heee~
2  1/4 suku keping pembalut hadiah diperlukan + alas dengan pembalut lutsinar agar tidak rosak..

tara, dah siap meja study we olls..
bukan guna sebagai study pun, guna untuk letak laptop tengok cite, caj telefon mahupun baca buku..
=D
meja di letak sebelah almari yang dedy buat itu hari..
cuma lack kat atas tiba-tiba kaler hitam, tapi dedy dah malas nak cat jadi putih..
=p

tunggu beli kerusi baru cantik sikit, baru masuk dengan meja itu, kan?
=)

Thursday, January 29, 2015

:: re-build ikea wardrobe ::

assalamualaikum..

masih ingatkah tragedi malang menimpa kami pabila almari dombas IKEA yang baru pakai tak sampai sebulan hancur luluh dek penangan banjir? *entry banjir*

sebulan hampir sudah berlalu peristiwa itu..
lalu berbekalkan semangat yang ada, ambil spirit almari-ku-hancur-tanpa-sempat-nak-ku-penuhinya, maka en asben ai yang kreatip tak ingat ni telah membina kembali almari itu, hampir 99% berjaya...1% lagi, biasalah, tukang kayu amatur, ada la cacat cela sikit2x..

tapi ai salute dengan laki ai..

geee~

ambil balik yang mana boleh pada almari dulu, potong sikit2x.. order playwood tebal, kalau tak silap RM50++ sekeping, potong dua dapat buat rangka almari..
gitu..

so, 2 minggu yang lepas, kerja en asben lepas balik kerja adalah mengadap buat almari ni..
=D




 penolong setia dedy..
=p

 bilik kami tingkat bawah, yang selamat time banjir hari tu hanya penyidai tuala, katil-yang-terapung-nasib-baik-katil-kayu-betul dan tilam-yang-suku-tercelup-air-banjir..

yang lain?
yillek... semua kena beli @ buat baru..
so, bila rumah dah bebas banjir, bilik jadi kosong, mula la idea keluar macam-macam..

nak beli serentak semua barang tak mampu, nasib baik ade hubby yang bijak-pandai.. =p

 palang sangkut baju almari dombas asal satu je, ai request jadi dua..
hahaha.. 
palang atas sangkut baju ai, palang bawah sangkut baju hubby gitu..

adil & saksama..
 aku hanya bagi pendapat je mana patut ditambah..

 rak pintu tepi dari 4 rak, aku suh tambah jadi 5 rak..
hakss..
layan je dedy Hadif idea umi..

proses mengecat kena buat waktu malam, sebab biasalah pembantu dedy (Hadif) mane boleh duduk diam kalau dedy buat kije, dia pun kena buat kerja juga..

the original dombas( external )

the original dombas ( internal )


-
-
-
-
-
-
-

transformasi daripada en asben

tara..

warna cat masih dikekalkan.. sebab nampak clean je..
Hadif pun bukan kaki conteng, so we olls memang sepakat putih is the best..

we olls rasa almari baru ni lagi tegap pada yang ori sebab pakai playwood tebal, daripada kayu mampat ikea aritu..

what u think?

=D


next project : meja study..

coming soon.. 

hiks

Sunday, January 25, 2015

:: Hadif @ school ::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-3 anak teruna ai pergi tadika..

minggu pertama? oh, disaster..hari-hari menangis tak nak pergi sekolah, sampai sekolah,kena dukung sampai-tak-lepas-tengkuk-dedy-punya-kuat-cengkaman-tak-mau-turun-masuk-kelas..gegege..
minggu pertama memang hati kena kental, walaupun nenek cakap kesian kat dia, umur ikut tahun je 4 tahun tapi kalau ikut kiraan baru masuk 3 tahun 2 bulan..huhu..dahla,tak pernah bergaul dengan rakan-rakan sebaya, memang susahla nak adapt tiba-tiba ramai pula kawan-kawan..

minggu kedua, Alhamdulillah.. bangun pagi pun dah senang..pergi sekolah, boleh turun kereta sendiri..siap salam-bye-bye kat umi dan dedy.. tapi bila pergi ambil waktu petang, macam-macam cikgu bagi laporan.. hari ni, Hadif makan nasi siap tambah-tambah..hari ni, Hadif sorok sayur dalam seluar sebab taknak makan sayur..haha..hari ni, Hadif terkencing dalam seluar sebab ralit sangat main dengan kawan-kawan.. =p

dengan kemajuan teknologi sekarang, Alhamdulillah, senang-senang cikgu wassap je tengok perkembangan aktiviti anak-anak kat tadika.. senang hati mak bapak..
=D

 betapa Hadif kecik je berbanding dengan kawan-kawan..
ari Khamis hari sukan, tapi baju sukan tak dapat lagi, indoor game je la..



6 orang je pun budak 4 tahun.. tapi semua sampai pukul 1 petang..Hadif je sampai pukul 5 petang.. huhu.. sori, nak buat macam mana, umi & dedy kerja.. tapi bagus juga sampai petang sebab ada kelas mengaji & solat.. sekarang ni dah tak kacau umi & dedy solat tapi join sama-sama solat..Alhamdulillah..

umi : Hadif bila besar nanti jadi hafiz ye? (*hafiz : penghafal al-quran,maksud uminya )
Hadif : taknak jadi dedy, hadif nak jadi hadif je..
dedy : hahaha~

sabor jela..


enjoy!!

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers