Monday, October 19, 2015

Jejak Ho chi minh : part II

Assalamualaikum...


Sambung dari part I 

Cat Hotel


Good morning ho chi minh!!

aku booking Cat hotel ni dengan kadar rate RM89 per night..breakfast included ( halal ) murah tak? haha.. ramai suggest untuk booking hotel dekat Malaysian street, u know macam saigon pink,blessing hotel dan lain-lain.. tapi laki aku kata tak mencabar sebab dah ramai orang stay kat situ, nanti takdak idea nak update blog sebab boring dok hotel yang sama.. lol.. lagipun rate hotel kat malaysian street tu mahal.. not good idea anymore..

Cat Hotel ada 3 cawangan.. aku booking via Trivago.com.. suka-suki booking manakan tahu cat hotel ada 3 cawangan, bajet booking dekat dengan Malaysian street tu la.. sekali sampai, bukan.. rupa-rupanya ter'booking' Cat Hotel 2..haha.. nasib baik dekat je, lorong sebelah tu je..kalau tak, naya nak menapak jalan-jalan..haha..


servis bagus walaupun booking bilik lain, dapat bilik lain.. biasalah tak dak rezeki dapat bilik besar.. yang penting selesa untuk kami anak-beranak..

receptionist pun bagus, asal je kami sampai depan hotel, ada je tukang sambut Hazim..haha..


main cikucak la, dok selfie la..hak.. kat atas tu, tengoklah, umi dedy boleh dok senang lenang ada tukang jaga Hazim..lol..


ruang makan.. cantik je hotel ni.. minimalise je design.. i loike!
sekali turun makan, kosong je ruang, orang tak suka makan pagi ke apa?


pergi ho chi minh wajib booking hotel yang include dengan halal breakfast sebab makanan kat sini mahal-mahal..huhu.. sekali makan 40-50 hengget untuk breakfast tak ke naya you olls.. errr..
maka wajiblah bedal makan banyak-banyak sebelum turun tawaf bandar Ho chi minh..lol







to be continued : tak nyopim lagi ni..haha

Wednesday, October 14, 2015

: Aidiladha yang lalu::

assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat juga ketemu bff masa raya haritu..my bff semua single lagi, sapa nak masuk meminang bolehla..hahaha..
selalu je jumpa, mesti mak-mak diorang ni bising-bising..

mak-mak :"Aja dah masuk anak 2, budak 3 orang ni tak kawen2x"

jawapan standard dari diorang :

"jodoh pertemuan di tangan tuhan", "orang cari tak jumpa", atau "mak la tolong carikan"

hahaha~

aku pun join mak-mak diorang dah, biasalah dah jadi mak orang kan..membebel-bebel gitu..hakss


cerita hari raya Aidil adha aritu.. sebelum tu, salam maal hijrah buat semua..heee


seperti kelaziman, adik-beradik belah ayah akan berkumpul di rumah aku untuk melaksanakan ibadah korban..tapi tahun ni ramai sepupu sepapat balik rumah mertua, so tak pasal-pasal warga bapak-bapak saudara yang selama ni tak turun padang kena turun padang..haha..



menu adik aku, daging bakar selepas itu..




ni bapa saudara aku, tukang sembelih, memang tugas dia tiap-tiap tahun.. tapi pantang larang dia nak sembelih lembu, dia bagi arahan agak-agak 50 meter dari lembu tu berada..haha


ayah dengan lembu kesayangan


Alhamdulillah, berjalan dengan lancar walaupun semua amatur je aritu..
=)

sepagi hari raya aritu, budak Hadif tukar baju 3 kali, sekali nak pergi solat hari raya, balik pakai baju melayu, sekali lembu tumbang, pakai baju lain pula.. heh



Tuesday, October 13, 2015

:: Jejak Ho Chi Minh : part I ::

assalamualaikum..




miss me?

hahaha.. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus menulis setelah kekangan masa yang sangat sibuk sejak 2 menjak ni..

=)

marilah sama-sama menerokai ho chi minh setelah entry ini diperam selama 2 bulan setengah..

hahaha~

jejak vietnam @ ho chi minh : 3-6 OGOS 2015..


ni pengalaman pertama Hazim pergi oversea.. naik flight masa dalam perut umi dah lama dah..
Hazim baru 5 bulan masa ni..tengok mata pun xberapa nak bukak lagi sebab direct flight kb-kl-hcm dari awal subuh, dah la budak mata sepet dah..hehe

Hadif? oh tahap excited dia memang tinggi, boleh nampak perbezaan dari bawa dia umur 4 bulan travel sampai sekarang nak masuk 4 tahun..haha..tapi bila sebut dah pergi mana dah?yillek, satu habuk dia tak ingat..hahaha..yang dia ingat naik kapal terbang pergi sarawak tahun lepas..g jepun,g china,g indonesia semua takdak dalam ingatan..nasib baik ada gambar buat kenangan, baru dia terangguk-angguk pergi jalan-jalan.. =D


masa aku beli tiket pergi ho chi minh ni, aku cakap kat adik aku, sekali dia menggeletis nak ikut jugak, so beli lah untuk dia sekali + bawa mak sekali kan..asyik mak cakap nak pergi vietnam sebab member ngaji dia selalu pergi shopping telekung cantik-cantik gitu..

 apa yang best bawa budak 2 orang tu, tentunya priority kat semua tempat..kat imigresen,naik buggy, naik flight walaupun bukan beli hot seat..
haha..Alhamdulillah, smooth je perjalanan..
anak-anak tak pun meragam..

 Hadif yang excited..

perjalanan ambil masa 1jam 45 minit dari kl-ho chi minh..
masa pergi ni tak ramai rakyat malaysia sebab baru lepas raya kan..
haha, orang pergi sebelum raya, kita pergi selepas raya..
=p
 dah sampai kita di vietnam..
 ambil teksi terus ke Cat Hotel..

menuju ke hotel..

to be continued~

hahaha~



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers