Wednesday, January 6, 2016

:: tahun 2016 bermula...::

Assalamualikum... 

Selamat tahun baru untuk semua..
Sambut tahun baru dengan demam laki bini..anak-anak setakat ni ok lagi.. Harap tak berjangkit.. Laki ai dah seminggu dapat mc,tapi hari-hari kena ambil darah sebab suspek denggi..harap cepat sembuh..amin 

Memulakan tahun baru di seksyen lain selepas 4 tahun aku pindah balik HUSM terus merasa dok di makmal rutin,tahun ni dapat pindah ke seksyen advance sikit..Alhamdulillah,banyak benda kena belajar,benda baru semuanya...pening kepala nak digest ilmu baru.. Harap dapat cepat pandai belajar dari senior..aja!aja!fighting!!

Bang Hadif memulakan sesi umur 5 tahun tahun ni..malam sebelum sekolah punyalah semangat nak pergi sekolah 

"Yela,yela..Hadif tahu esok Hadif 5tahun"

Pagi nak pergi sekolah,dia punya liat nak bangun and then cakap 

"Hadif bukan 5 tahun lagi"....grrrrr...sabar je dengan budak ni..

Nasib baik sampai sekolah tak buat onar..Alhamdulillah..


Hazim yang semakin aktif.. Harap tahun ni nak pergi travel dengan si kecik ni tak banyak songeh,sama macam tahun lepas..InsyAllah..

Semoga baik-baik saja..

:)

Thursday, December 31, 2015

:: penghujungnya 2015 ::

Assalamualaikum...


aku kena tulis juga catatan penghujung 2015..

Alhamdulillah, syukur..

minggu terakhir di hujung disember ini, aku kurang sihat..dapat mc 2 hari.. nak pergi sambung mc malas nak menapak ke klinik..huhu..



pagi ahad lepas yang hening...
ramai pula yang cuti hujung tahun begini..
masuk lab, ade 2 orang je.. boss yang berkaliber, junior yang rajin..
aku selaku senior 4 tahun memulakan tugas..haha

5 blok tisu manusia berjaya aku potong..
masuk ke enam, pisau dah tumpul..alihkan, capai pisau yang baru..
sekali letak dengan tangan kiri..
akal entah ke mana, tangan kanan laju saja putar alat itu..
sekali..ahhhhh... aku terpotong jari..

baru pukul 9 pagi, riuh satu makmal.. hajar buat havoc potong jari pagi-pagi..hahaha
aku buat selamba, ingatkan aku terhiris jari saja..
sekali darah mengalir tak henti-henti..
terpaksa berkejar ke A&;E..
A&E dengan lab aku bagaikan pintu depan HUSM dengan pintu belakang HUSM..
giler jauh aku nak menapak..
tunggu pula en asben yang bawakan.. en asben dah la bank tisu dekat library.. tingkat 3 pula tu..
haha..

gauze berganti-ganti..
nak hentikan darah yang mengalir..
kesakitan mula terasa..

sampai A&;E, terus masuk sebab dapat priority..
kemalangan di tempat kerja u olls..
haha.. 
sekali MA bersihkan jari, baru aku tahu aku bukan terhiris jari..
aku potong terus isi jari..

siap boleh buat biopsy kalau macam ni..


skin loss u olls..
laki aku cakap nasib baik dah berlaki..
kalau tak potong RM500 waktu pinangan nanti..

ceitttt!!!

nampak kecik je bahagian terpotong, tapi sakitnya ibarat cubit peha kanan, paha kiri terasa juga..eh!
doktor nak jahit, aku cakap tak payah lah..lagi dahsyat jari aku nanti..
dapat ATT injection sekali..
balik rumah demam sampai ke hari ini..


hahaha~

Alhamdulillah, aku berjaya tambah statistik kemalangan tempat kerja kat HUSM tahun ini..






kalau nak tahu, apa yang terbaik untuk tahun 2015???




jawapannya : budak ini..

haha...

10 bulan setakat ini, proses pembesaran Athief Hazim berbeza sungguh dengan Hadif..
dia punya ligat, aktif 3x ganda pada Hadif..
tapi Alhamdulillah.. semuanya baik-baik saja..
syukur dia membesar-minum susu banyak-makan pun banyak..

=)

INSYALLAH, ketemu untuk tahun 2016..

2016 please be nice with me..

aku tak harap yang marvelous sangat..
asal semua happy, semua jalan..
holidays pun dah siap dalam planning dalam kepala..
harap dapat berjalan dengan lancar..


amin..


Wednesday, December 30, 2015

:: thanks zalora.. muah!muah!! ::

Assalamualaikum...


aku peram entry ni dah sebulan..
2 bulan  sebelum tu zalora team tak pernah jemu hantar email,melayan kerenah aku..haha
so, at the end, aku terima 'lamaran' zalora untuk buat entry promotion..
nasiblah, aku ni dah bukan part time blogger, suku time dah jadinya..sibuk memanjang..hikss..


setelah berperang dengan masa dan tenaga..
at the end dapatlah reward dari Zalora..

Alhamdulillah..

thank you..thank you..

dapat voucher RM100 je pun..
hahaha~
kemain heboh dalam group..

RM100 rezeki jugak kan..
marilah manfaatkan RM100 shopping dengan Zalora..
voucher ni expired 31.12.2015, nak tak nak kena la shopping cuci mata..
susah sebenarnya bila diberi peluang begini, aku ambil masa 2 minggu pula dok scroll katalog, nak pilih apa..
sebab aku buat underground, selalunya kalau nak shopping online, aku minta pendapat en asben...bayangkan kalau aku sorang pun ambil masa 2 minggu,kalau dengan en asben aku rasa sebulan baru siap pilih barang..haha

punyalah banyak barang yang menarik kat Zalora..rambang mata i..hehe



dengan RM100, dapatlah 2 item.. free postage
i is suka!!!



1. pilih kasut.. sekali sampai  tak padan, kena return balik..tapi takpe, free returnable..tunggu 5 hari datang balik size yang baru.. ;D

Pakai kasut lacey-lacey dalam lab...haha


2. baki beli kasut boleh pilih cekak rambut liplap-liplap..heee


korang kalau dapat invitation dari Zalora, sila cepat-cepat grab!!!
tak menyesal..dapat rezeki lagi..

thanks zalora.. muah!muah!!






::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers