Monday, April 8, 2013

:: Jejak Jepun : Nagoya..bahagian III ::

assalamualaikum..

Nagashima Resort

tempat ni bukan resort yang ada pantai-nan-indah mahupun padang-golf-padang-ragut..
=D
tempat ni macam taman yang besar gedabak, yang penuh dengan warna-warna kehidupan..
cheewah, ala macam meiji-mura museum, nama je museum, tapi bukan rupa gaya museum macam kat malaysia..
bagi aku, itulah uniknya Jepun..
=D

bayaran masuk 2000yen..
1000 yen untuk masuk ke tempat general, 1000yen lagi untuk masuk ke bangunan yg penuh dengan bunga ataupun untuk makanan kat foodcourt..
=)

nak datang kat sini macam nak-tak-nak je..
sebab tu datang lewat, dah senja malam baru nak pergi, so nak tengok bunga dalam erti kata bunga yang betul tanpa perlu pencahayaan tak kesampaian..
maka, tengoklah taman dalam keadaan penuh lampu yang colourful,
tapi lampu bukan sekadar lampu, dia punya setting memang terbaiklah..



tempat paling crowded adalah tempat umei..
sekali masuk tempat ni, memang semerbak aja baunya, wangi..


umei dalam gelap..


tempat paling tak crowded adalah bangunan yang penuh dengan bunga ini..

pastu bolehla main kejar-kejar dengan budak Hadif..
suka bebeno dia..

so, here we are..



kat sini ada 3 terowong lampu yang ,mak ai, hebat bebeno..



kat tengah-tengah ni, ada pertunjukan lampu secara formulasi..
hebat, sekali dengan muzik, tapi crowded giler..

tasik cermin..
hebat!!

nak main benda pusing tu, mak aih, panjang giler beratur..
T_T

terowong lampu pink..



dalam tu, ada 1 kolam yang penuh dengan duit syiling,
ramai yang baling sambil pohon hajat agaknya..
sekali aku letak Hadif birai kolam tu, terus dia pergi selam kaki dia..
umi dia macam, aih, terkejut sebab taw anak dia memang takut air.. unexpected reaction by Hadif..haha

cantik bukan~

oh, jangan lupa, kat sini ada 1 gerai kebab pak arab,so tak yah risau nak cari makanan halal..
=)

to be continued~

Saturday, April 6, 2013

:: Jejak Jepun : Nagoya..bahagian II ::

assalamualaikum..

Book-off Store

mall paling best sebab barang branded 2nd hand, tapi tip-top..* Jepun sangat strict dengan kemasukan barang-barang dari luar*

menghabiskan lebih kurang 3jam di sini saja..untuk pertama kali..
selang sehari, datang lagi..hahah~


sekali keluar je kereta, anak aku dah terjah depan kedai..
muka jangan cakaplah, excited habisss!!!
aihhh, dok layan depan kedai saja dah 15 minit..

 belum masuk lagi, macam semua mainan nak main..

 bukan setakat anak, dedy dia pun teruja lebih..
yela, fisher-price 20hengget pun dah dapat besar gedabak..
maunya dedy tak ingat anak kat sebelah....
=D

 tapi, serius, barang mainan yg branded2x semua harga dalam lingkungan 15-30 hengget bg saiz besar..
kalau tak ingatkan datang dengan kapal terbang, maunya diangkut mainan yang besar-besar ini..
bukan setakat mainan dekat section baby ni, segala keperluan, even puting medela pun ada, apatah lagi medela swing yg harganya 300++ hengget saja...* juling mata *
rasa nak nangis je, tengok semua benda ni..

 wooden toys?
pilih, macam-macam patern ada, dedy rembat 2 untuk Hadif..

 amik ko, ada aku kisah sampai terduduk main mainan..
tak kisah dah apa yang berlaku kat sekeliling dia..
=P
 woman section, haih..semua kasut yg berkenan tak padan..
cisss..

 stroller,walker,babycoat,dll..
semua ada~
very sistematik u olls..

 berjaya menghabiskan beratus-ratus ringgit kat sini..
3/4 barang adalah mainan Hadif.. *dedy Hadif punya kerja*-nasib baik tak diangkutnya lego 2kotak*
=D

 keluar je kedai, tengok budak Hadif elok je dok tunggang basikal ini,
dalam banyak-banyak basikal yang colourful yang ada kat situ, dia boleh pilih basikal paling klasik ni...
pastu buat muka "umi,nak basikal ni"
alahai anak, sabarlah, basikal ni tak muat luggage nak bawak balik ke malaysia..
huhu~

bagi tak menghampakan dia, biarkan dia main-main dengan basikal tu..
sementara dedy dok usha stroller, dan terbeli umbrella stroller * dalam entry sebelumnya*
*p/s : prasan tak baby chair ikea kat belakang Hadif tu, harga dia 6hengget je!!!!*

to be continued~


Friday, April 5, 2013

:: Jejak Jepun : Nagoya..bahagian I ::

assalamualaikum..

Gifu-Nagoya tak jauh, dalam 1jam perjalanan sudah sampai..
sekejap saja, lagipun Nagoya bandar besar, syok juga berjalan-jalan..
=)

Meiji-mura Museum 

terletak di kawasan pergunungan & pinggir tasik menjadikan tempat ini sangat cantik dengan pemandangan yang mengagumkan..
tempat ni bukan macam muzium pun, tapi lebih kepada 1 perkampungan yang sangat luas bagi menggambarkan suasana pemerintahan zaman dinasti meiji..
hebat sangat macam mana orang jepun boleh buat tempat macam ni..
dan tak jangka kawasan ini sangat luas, maka fuh, penat juga nak habiskan lawatan ini..

naik kereta api yang awesome berusia 140 tahun..
pakai arang batu lagi nak gerakkan kereta api ini..
hebat sekali jepun!!


 dalam kereta api yang cool!

 ye, kita dah sampai nagoya..

masuk sini maksudnya dah jejak seluruh jepun sebab kawasan ini merangkumi pentadbiran dinasti meiji..
oklah, walaupun dinasti meiji ni dah beberapa ratus tahun kebelakang..
=D

 Hadif pakai stroller baru, umbrella stroller baru syok untuk kami yang suka travel..
beli kat nagoya ni juga, harganya 500 yen saja!!! bersamaan 15hengget je ko!!
hahaha, sape kata semua barang kat jepun mahal? pandai-pandaila cari..
=D
*nasib baik tak beli stroller ni kat mid aritu yg harganya 120hengget*

 kerja aku adalah entertain budak 2 org ni..
haha

 semua pejabat/kemudahan/pentadbiran dipamerkan di sini


 Hawaiii!!

pejabat pos..





 bangunan yang awesome kat belakang tu tak sempat nak panjat sebab masing-masing dah pancit..
 so, here we are..
pada 7.3.146 apatah ikut zaman meiji tu..



 tunggu kereta api

 Hani : Hadif nak air apa?
Hadif : hmmmm...
 kool bila dah sampai, dia alihkan kepala kereta api untuk di bawa ke depan..




dah sampai tokyo walaupun bukan kat tokyo sebenarnya pun..
hahah~

* kat sini kemudahan disediakan termasuk bus catar & kereta api, tapi kami terlebih advanced pergi jalan kaki, patutlah pancit..tempat luas sangat..
* terkenang kembali pakcik driver kereta api yang ucapkan " selamat tinggal " kat kami, yoyo o je cakap "sayonara" kat dia..rupa-rupanya BIL yg ajarkan dia..hhaaha~

to be continued~

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers