Monday, April 29, 2013

:: proses bercerai susu badan ::

assalamualaikum..

Aku tidak lagi breastfeed budak Hadif..
syukur?
Alhamdulillah, diberi rezeki untuk breastfeed budak itu walaupun tak sampai 2 tahun..
satu pencapaian yang membanggakan juga terasa..
walaupun perjalanan breastfeeding aku agak mudah sejak Hadif lahir sampai ke saat ini,
tanpa sokongan daripada suami & keluarga,sukar juga untuk dihadapi bagi seorang wanita bekerjaya..ehemm

dulu, masa start breastfeed, selalu terbayang macam mana nanti proses bercerai susu dengan Hadif?
yela, aku tengok persekitaran aku, macam-macam yang terjadi..
ada yang terpaksa jumpa bomoh minta penawar..
ada yang guna gincu la, bawang putih la sapu kat breast supaya anak tak mau hisap lagi..
ada yang umur 3 tahun lebih masih bertepek dengan maknya lagi..
macam-macam..
=)
haha~

tapi, untuk aku dengan Hadif, Alhamdulillah.. senang sangat..
aku guna kaedah psikologi je..
=D
sementelah lepas operation hari tu, Hadif terpaksa tido dengan nenek dia, takpun dedy dia..
mula-mula, merengek juga,yela,selalu nak tido dok bertepek dengan umi saja..
selepas seminggu,dah ok..pastu boleh pilih pula nak tido dengan sapa..
aku pun last pump buat stok masa minggu pertama lepas operation je,susah sangat rasanya..
sakit kat luka,sakit kat breast lagi..
lama-lama..biarkan aja..kalau sakit sangat,ajak menyusu budak hadif secara mengiring..
budak dah besar, bukannya duduk diam time menyusu..
mak pun cakap,"time ni la senang nak bercerai susu"
bila bincang dari hati ke hati..
redakan saja..

awal-awal dulu,kalau Hadif merengek nak susu pun, aku cakap je kat dia,"umi sakit, Hadif minum susu botol ye?"
pastu dia ok, sampai la sekarang..takde masalah dah..
syukur..

dari pengenalan guna EBM dalam botol.. senang sangat..
dari pengenalan susu formula.. senang juga..
dari proses cerai susu..juga senang..
terima kasih Hadif sebab bagi kerjasama yang terbaik..

 berakhir di sini..
terima kasih Tuhan kerana rezeki ini..



dah 5 hari Hadif tidur dengan aku, taknak tidur dengan nenek ataupun dedy..
tapi tak lagi breastfeed, minum susu botol pastu tepuk-tepuk,ulit dia..lepas tu tido..
bangun 3 kali untuk minum susu..
sekarang dah ada 'alarm' untuk bangun tahajud.. ada juga hikmahnya..
=)

cuma sekarang susu formula dah kena letak dalam list-mesti-beli tiap-tiap minggu..

aku hanya ingat pesan ayah
" setiap anak itu ada rezeki yang Allah bagi sejak azali lagi"
hanya kita yang perlu berusaha dan istiqamah..

=)

Sunday, April 28, 2013

:: bila weekend,en asben takde ::

assalamualaikum..

selalu weekned takde agenda nak buat memang balik ke rumah MIL..
tapi bila en asben ada agenda, tak baliklah ke sana..

sebab kahwin awal,kan..umur 22tahun..tahun ni masuk tahun ke-3..
nak-tak-nak,jiwa muda tu baru tengah enak berkembang mekar..
so, bagi kami berdua, tak salah bagi ruang untuk masing-masing ada privacy untuk diri sendiri, hangout bersama keluarga mahupun teman-teman..asal pengakhirannya, kembali kepada diri sendiri, ada tanggungjawab pada anak + bini..
=)

last 2 weeks, en asben pergi berjimba dengan kawan-kawan dia di perhentian..
aku dok rumah, sebab tak sihat lagi..haha,klu tak rasa nak ikut jugak..=D
last weekend, en asben pergi kuala terengganu ada lawan futsal..
kadang-kadang ada juga orang bertanya, kenapa en asben kuat berjalan?aku bagi je..
emm.. macam mana nak cakap ye,bagi aku tak salah bagi dia ruang untuk bersosial, tak kan berkepit 24jam.. tiap-tiap malam selasa,rabu pun dia ada futsal,khamis balik lewat sebab lepak dengan kawan..
bagi je ruang untuk diri masing-masing..
asal ada kepercayaan + tanggungjawab taw!

bila en asben takde, aku selalu hangout dengan family jela..
takpun call bff,anah,mahupun makcik eyie-yang-selalu-bz tu..
en asben aku pun tak kisah,sebab taw 2 insan tu je suka datang lepak rumah..haha~ 

selalu aku bawa budak Hadif ikut mak ayah pergi majlis ilmiah jela..
dekatkan diri dan anak ke arah ilmu keagamaan..
Alhamdulillah,aku bertuah lahir di Kelantan..
ilmu agama ada di mana-mana..

Haflah anak muda kelantan di stadium sultan muhammad
sehari sebelum kena operate..
sempat lagi..
masa tu, ustaz azhar idrus dengan ustaz hazlin yang datang..
ni majlis paling besar sekali pernah aku bawa budak Hadif..
selalu ikut pergi kuliah pagi jumaat bersama tok guru nik aziz di dataran ilmu, takpun masa qariah ramadan di stadium ini juga..skala tak berapa besar..

pemandangan yang takkan ada di negeri lain..
bukan paksaan tapi ini datang dari hati yang tulus cintakan dunia & akhirat.

yang ni semalam,
ada mini festival wanita dekat KPI..
bawa budak Hadif sekali, orang dok aerobik, dia join sekali tapi macam jakun je tengok orang sekeliling dok buat itu ini..tercegat je dia sambil sengih-sengih..
aku tak join pun aerobik ni, badan tak berapa sihat lagi..
=D 



Saturday, April 27, 2013

:: tutorial : daripada cebisan kain ::

assalamualaikum..

sesiapa yang mengenali aku yang lebih dekat pasti taw,
aku punya brooch xde yang mengerlip-ngerlip, apatah lagi dari batu brooch swarovski..
bagi aku nampak macam mak-mak..tergantung bagai..
=D 
*biarpun aku dah jadi mak orang*
haha~

aku pakai brooch yang dibuat sendiri..
kedekut?
ish, nila namanya hak ciptaan eksklusif..
huawawa..
walaupun aku buat,aku pakai-pastu-orang-berkenan-aku-bagi-je..lagi-lagi-adik-aku-sorang-tu..

kali ni aku kongsikan cara-cara jimat nak buat brooch pakai cebisan kain..
ni kain baju kurung cotton,polkadot..beli kat jepun aritu..





ok?
selain jadi brooch, boleh juga jadikan handbouquet..
mahupun deko untuk pengikat kain langsir ataupun bunga atas hantaran..



cebisan kain juga boleh buat gaun untuk Qalesya..
=)



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers