Monday, July 29, 2013

::umi,wakpe? ::

assalamualaikum..




 sambil-sambil ambil bola dalam bilik, tengok umi landing atas katil pun sibuk bertanya..

"umi,wakpe?"

"umi main telefon"

"tenyummmmm..."

"lorrrr?"

ambil jela gambar dia,ambil hati..

hahaha~

"dah,umi ambil doh gambar Hadif"

"k,bye!"

lalu, berlalu lah dia sambung main bola..

Wednesday, July 24, 2013

:: DKB : rahsia side dish ::

assalamualaikum..

ini rahsia aku nak tambat hati budak-budak kecik mahupun orang tua sebaya nenek aku ..
selain buat kek yang sekali makan-nak-lagi-makanlah-sampai-muakss..

=D

ia adalah PIZZA

hehe~


base

125 g tepung gandum..
1 sudu susu tepung.. curik susu dutch lady Hadif... hehe
1 sudu yis
1 cawan air suam..

campur semua, uli secukup rasa..
biarkan selama 45 minit dengan dilapik oleh kain basah..

bila sudah gebu, masukkan dalam loyang, bakar selama 15 minit..

topping

sekeping daging cincang
1 ulas bawang besar-dicincang
tumis.. dan masuklah ape-ape lauk yang nak dimakan..sayur aku letak carrot & nenas..

pastu base yang siap dibakar tu, kita letakkan sos cili + mayones..
campur elok-elok, baru letakkan topping..
dan letakkan cheese + mayonis + oregano..
bakar 10 minit..

siap..

side dish buka puasa..sekali pulun xsempat nak moreh..

nenek aku buka puasa kat rumah semlam..
dia cakap " sedap pada kat kedai!"
terrr.. hebak!






Sunday, July 21, 2013

:: nafsu mak-mak ::

assalamualaikum..

aku kalau pergi tesco ke supermarket biasa mane-mane pun, mesti heran bila tengok mak-mak beli susu mahupun lampin pakai buang sampai penuh satu troli..
macam " fuh, hebat giler stok anak dia,untuk sebulan ke ape?"

sekali bila kena kat diri sendiri,
mmm.. bolehla jugak tahannya..
=p

selalu aku keluar beli keperluan Hadif bila stok susu ataupun lampin dah nak habis,
iaitu dalam 2 minggu sekali,
bolehla ada alasan nak keluar pergi mall acap sikit..
heee~

sekali pergi tesco hujung minggu ni,
aku tengok mak bapak dok berkerumun kat satu sudut macam ada happy hour pula..
sekali tengok..
lorrr..berebut stok susu rupanya..

sekali berjangkit kat diri sendiri..
haha~

rebut mane patut..
dapat 3 kotak, bolehla buat stok untuk sebulan setengah..

" huish, kalau tiap-tiap bulan macam ni best jugak,dah jimat berpuluh-puluh ringgit untuk susu Hadif"


dok labur duit beli susu anak moga anak membesar dengan sihat dan kuat..

tapi persiapan raya, satu pun tarak lagi.. hakss..=p

budak Hadif, sampai sekarang tak pandai-pandai buat "peace"..
=)

p/s : makcik eyie, we olls pi makan jugak burger bakar tu!!!double lagi...heee

=P

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers