Wednesday, August 28, 2013

:: survey punya survey tadika ::

assalamualaikum..

mood ke"umi"an aku sekarang dalam fasa nak bawa Hadif melihat dunia luar..
acece~
 tapi tak bermaksud bawa dia jalan-jalan, sebab budak tu dah kira bertuah dah sebab umi-dedy kaki jalan..
merata pergi jalan-jalan..
Alhamdulillah..

borak dari hati ke hati dengan dedy..
tahun depan bolehla masuk tadika budak Hadif..
INSYALLAH, walaupun tahun depan tu masuk 3 tahun.. 
walaupun tahun depan , hujung tahun baru sambut hari jadi..hukhuk
aku rasa kalau letak dia masuk tadika, dia lah paling kecik kat situ..
tapi takpe, kuatkan semangat..
haha..

sayang sekali, sebab Hadif sudah pandai membilang, sudah pandai abc, sudah pandai alif ba ta..
soal perangai, memang tiptop..
* didikan nenek dia memang terbaik!!!*
tapi sampai bila kan nak harap kat mak..

=D

yang penting, tadika tu kena area kubang kerian/ searah dengan jalan rumah..

survey punya survey..

pilihan pertama..


sebab depan HUSM je..
haha~
senang, tengok review orang pun ok..
bagus2x..

pilihan kedua


area kubang kerian, tapi tak tahu kat mana...
hehe~

tu je yang aku rasa terbaik setakat ni..

smart reader ade, tapi macam luar kemampuan..hehe

kan best kalau genius aulad ada kat kelantan.. sape nak buka francais kat sini?

=D

 

Sunday, August 25, 2013

:: basikal ::

assalamualaikum..

lama dah tak naik basikal.. masa sekolah dulu, pergi sekolah kayuh basikal ramai-ramai..
indah. tapi sekarang, budak Damia yang umo 7 tahun pun tak pandai naik basikal lagi..
aish. budak sekarang.

nak pergi kerja dengan basikal. 2 jam belum tentu sampai.. ha.ha
tapi, eh, rumah aku dah nak siap dah..
rumah tu 5 minit dah sampai HUSM..
lama tak cite pasal rumah yang dibeli 3 tahun lepas kan?
tapi tajuk kat atas pasal basikal.. rumah tu entry lain..
he..

yang penting, rumah dah siap 95%.. hari-hari balik kerja pandang..dan berdoa, rumah,sila siap cepat-cepat!
boleh bagi side-income untuk aku nanti..
=D

dan boleh basikal balik rumah kejap bila lunch hour..
hah, berangan..tengok-tengok aku beli skuter jugak last sekali..
=P


memori berbasikal dengan Hadif @ Jepun..
*main kat laman rumah, kang sesat pula kat sana..haru..*

Thursday, August 22, 2013

:: yang lama tidak dilupakan,kenapa merajuk sekali? ::

assalamualaikum..

sejak dua menjak ni, en asben sibuk dengan urusan satu ni..
turun naik key el..sampai aku ngan Hadif sama-sama diangkut beberapa hari sebelum raya aritu..
=D
eh, we olls sempat pergi shopping raya di sogo lagi sebelum raya ritu..
hahaa~

mungkin merajuk agaknya, kereta selalu masuk bengkel..
sampai tuan bengkel pun dah jadi geng dengan en asben..
seminggu sekali tu macam dah terbiasa tengok muka en asben bawa kereta ke sana..
ah, jangan dipanggil kereta lama, bukan kereta je sentap, dengan tuan kereta pun sentap..
=P

bukan aku yang selalu merungut.. *hehe..malas nak bawa kereta manual sebenarnya*
bahkan Hadif pun dah bahasakan kereta dedy "kereta lumba"

tahap merajuk yang amat agaknya..
pagi ni, nak pergi kerja pun, bunyi dah pelik semacam..
bukan enjin, tapi bahagian bawah kereta..

sampai ke usm..
dan-dan je sentap...



aku tengah pikir macam mana nak balik rumah petang nanti.. sebab en asben ada football match petang nanti..
T_T

cik kereta, jangan begitu..



kereta sentap mungkin laki bini dok bincang pasal yang satu lagi masa dok dalam dia agaknya..








kawan baru, masih  berada di bumi sakura..
INSYALLAH, ahad ni naik kapal..
doakan semoga mudah perjalanannya nanti..

amin..

dan kereta lama, jangan merajuk lagi..

eh?
=p

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers