Friday, January 31, 2014

:: adik, tahniah! ::

assalamualaikum..


aku ingat lagi masa budak-budak SPM nak masuk U,
adik aku penuh semangat tak nak masuk U walaupun masa tu dia dapat beberapa tawaran yang boleh menggugat iman...
nak ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) katanya..
nak ambil STAM dengan rakan-rakan baik..
sekali rakan-rakan baik berpaling tadah, masuk U last minute..
sehari sebelum daftar U, dia menangis tak ingat dunia sebab tu..
hahaha~

ayah cakap kalau nak pergi ayah hantar, sempat lagi ni..
dia kata takpe,*sambil menangis*
ayah tanya, dah tak nak, kenapa mengangis?..
dia cakap, ntah, perasaan sementara je ni..

aku cakap, " i know that feeling"
LOL..

aku nampak sesungguhan dia belajar siang malam..
sanggup korbankan percutian Beijing kami tahun lepas sebab clash dengan exam *walaupun masa tu menangis jugak* haha~



 akhirnya, segala pengorbanan tidak sia-sia

MUMTAZ!!!!
erti kata : lulus dengan cemerlang sekali..
menjadikan dia pelajar terbaik sekolah..


peace..

lepas ni masuk U, tak boleh jadi budak suruhan aku kat rumah dah.. T_T
lepas nif juga takde dah teman gaduh Hadif..

LOL

* nasib baik aku tak janjikan apa-apa dengan dia...hahaha*
adik aku dua orang ni memang tak boleh expect, so lebih baik jangan janji apa-apa, kalau tidak habis la dituntutnya lepas tu..


hiks

Wednesday, January 29, 2014

:: Sawi ::

assalamualaikum..


 ni sawi belakang rumah di Pasir Mas


 ni sawi belakang rumah di Bachok..

banyak beza bukan?
ye la, di Pasir Mas tu bukan en asben yang tanam..haha, itu nenda dia yang tanam, orang tua kata 'tangan sejuk ', lalu si cucu ingin cuba nasib, dengan harapan tangan dia sesejuk nenda dia..
=D
tapi dua-dua nampak segar & subur..
tak perlu racun-racun segala bagai..

mungkin cuaca di Kelantan 2-3 minggu ni yang sejuk..haha..naseb baik tak tanam strawberri gitu..
=P


 ye, kebelakangan ini, balik kerja diisi dengan bercucuk tanam..
ada sawi & pokok cili..
 
dedy cangkul sana-sini..
umi & Hadif tengok saja.. bagi semangat kat dedy..*sambil berperang dengan nyamuk sana-sini*
=D

 yang part paling budak ni suka adalah mencabut sawi..

sekarang, tak perlu lagi beli sawi..

nak tanam kangkung pulak rasanya walaupun harga kangkung dah turun..

=P

Monday, January 27, 2014

:: Jejak Hatyai : Klong Hae ~ ::

assalamualaikum..

misi diteruskan..

salah satu tempat nak menikmati keindahan & kenikmatan budaya tempatan..

klong hae floating market~

dah la masa nak sampai kat situ, silap masuk cabang..
ada 2 cabang nak masuk, satu tu memang tempat masuk official..
kami ter'masuk' cabang tak official.. which is macam peliksss sebab kawasan temples..hakss
*_*

tapi takpe, antara cabang tadi terhubungan dengan jambatan yang tengah di naik taraf..
ok saja..boleh luaskan pemandangan..hoho




 aku rasa kat tempat ni aja harga makanan agak murah di Hatyai ni..
dahla macam-macam ada~
dari nasi sampai ke kuih-muih sampai lagi ke air minuman..
 


 tempat ni tengah dinaik taraf, agaknya sikit masa lagi mesti lagi cantik dan selesa untuk dikunjungi..
=)

 ais krim pon ado~
lagi comel sebab boleh pilih bekas nak letak ais krim itoo~

 telur puyuh goreng memang sedappppp!!!

 dedy beli air dalam bekas hello kitty untuk ai..

so sweettttttttttttttttttt!



 pilih-pilih
doraemon ada, ultraman ada, hello kitty ada..
macam-macam ada!
yang penting dapat minum air dalam bekas comel..
air habis, bekas boleh simpan untuk kenangan..
=D

 banyak sangat makanan untuk dirasa, tapi space dalam perut tak berapa nak ada..

INSYALLAH, ada rezeki,kita datang lagi..

=)

tip :

dress kat sini memang cantik-cantik..harga pun half murah dari malaysia tapi apa daya, saiz tak sesuai, orang jenis petite bolehla..ai ni tinggi dua jengkal daripada petite memang meleleh saja air liur tengok tapi tak boleh beli.. -______-

kalau nak shopping, sila shopping awal pagi, sebab kita akan dapat harga yang kita tawarkan daripada peniaga, katanya,harga morning-morning..itu namanya 'ong' bagi diorang..ibarat kalau di Bandung,itu dinamakan 'pecah telur'....tapi kalau pergi shopping time diorang nak tutup kedai, jangan harap dapat harga yang terbaik, lagi tak dilayan adalah..hohoho~

pergi dengan kereta, make sure kalau pergi dengan kereta yang 'makan minyak' bolehla spare tong berisi minyak dari Malaysia dengan secukupnya..sebab minyak di Thailand mahal.. huhu.. kereta kami,Alhamdulillah,ngam-ngam aje dengan rantau panjang-hatyai-songhkla-hatyai-rantau panjang, tapi kereta bapa saudara, tak mampu nak tampung.. beringat sebelum terkena, boleh jimat duit untuk shopping..

=D

nak makan murah sket boleh makan di Klong Hae floating market & pasar di bandar Hatyai itu..

 
k,itu aje setakat ini.. fuh..

ketemu lagi untuk Jejak seterusnya di _ _ C_ _ _G

ngee~
ce teka?



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers