Sunday, November 8, 2015

:: story of bang Hadif turns 4 years old ::

Assalamualaikum...  

Takkan kami lupa anugerah istimewa 11.11.11 ini..

 Pejam celik,pejam celik bang Hadif dah umur 4 tahun..cepat masa berlalu seiring dengan perkembangan diri dia yang semakin membesar aktif.. alhamdulillah di atas segala rezeki dan limpahan kesihatan ke atas dia.. 

Ya Allah,berkati kehidupan anak ini.. 
Limpahkan segala keberkatan dan kerahmatan-Mu ke atas dirinya.. 

Lindungi dia daripada segala tipu daya,kelemahan dan kekufuran dunia 

Back to story mory....

Kelantan cuti lama minggu lepas,dari 10hb hingga 15hb.. Takkan nak dok rumah je..hehehe

Moh ler kite pergi bercuti sambil sambut birthday hadif...

Sempat je tiup kek sebelum pergi berjalan..hakss

Jom kita pergi Thailand..haha..

Sengal,sampai border rantau panjang-sg golok dah pkl12..hahaha,panjang beratur nak cop pasport,ramai orang nak pergi berjalan.. 

Nak masuk Thailand guna kereta,kena bayar insurans bawa kereta untuk 2 bulan = RM35,nanti imigresen keluarkan surat kebenaran bawa kereta..lepas setel bolehla kita enjoy the journey..

Dedy,lambat lagi ke nak sampai? -Hazim

Main-tido-main-tido 3jam setengah sampai la kita di Hatyai..


Pandai je dedy ambil gambar..grrr 

Ni first time bawa Hazim pergi Hatyai..bereh je handle budak sepet ni..

Jalan-lepak je kat sini,Hadif request nak naik tuktuk,selagi tak naik selagi tu dia dok bising-bising..siap pilih-pilih lagi nak naik tuktuk yang mana..

Lepas lepaking kat Hatyai,we olls meneruskan perjalanan ke Padang Besar.. Perjalanan hanya 40minit saja..

How to entertain your child in the long journey..haha

Pastu tido lagi..


Cak,sampai Changlun rumah Hani..Rumah Hani tengah dilanda garuda sebab barang baru sampai dari Jepun..Hani baru pindah Malaysia balik..hehe

Dok semalaman rumah Hani, pagi esoknya jalan-jalan Unimap sekejap pastu balik ikut Border Bukit Kayu Hitam-Danok 


Masuk Thailand balik,untuk pulang ke Kelantan.. 
Budak 2 orang ni kalau time nak bermanja,walau sebesar mana pun kereta/ruang,berhimpit juga dengan umi..


Perjalanan dari Danok-Rantau Panjang ambil masa dalam 4jam++..

Seronok lalu ikut Thailand sebab takde tol,jalan luas 2 line dan tiada had laju..hehehe

Hadif happy,we olls pun Happy..Alhamdulillah... 

Thursday, November 5, 2015

jejak Ho chi Minh : part V ::

assalamualaikum..

malas ah cite panjang-panjang..benda dah 3 bulan berlalu baru terhegeh-hegeh..haha


jom ah g shopim kat Ben Tanh..

Ben Tanh semua benda orang melayu pakai ada kat sini..haha
agaknya memang dia buka untuk orang Malaysia.. kain pasang, telekung dll semua ada..
sediakan duit dan pandai berperang tawar harga itu saja..
bab tawar-menawar serahkan saja pada en asben.. dia memang power bab itu sampai peniaga pun naik 'hantu' dengan en asben..haha

lagi-lagi korang bawa baby, memang la jadi umpan yang baik untuk dapat harga meletop..
aku beli siap untuk raya tahun depan dah ..haha



adik aku berangan nak datang lagi bila nak kawen..nak beli persiapan dekat sini..hakhak

tak puas hati beli di Ben Tanh, malam kita keluar pergi night market.. orang sama juga yang meniaga, harga boleh pulak lain..ha, sengal peniaga kat sini..


satu malam, hujan.. Hanapi bagi rain coat.. baik betul si Hanapi ni.. terima kasih.. =)

selamatlah Hazim kat dalam carrier while umi jalan-jalan prabeh duit..

k, lah malas nak cerita panjang..
Ho chi minh memang syurga untuk shopping, kalau tak larat nak pergi Bandung, bolehla pergi sini, sebab kat sini kecik je, senang nak round-round..

aku prefer pergi sini lah daripada Bandung mahupun Jakarta.. tak sibuk.. boleh lepak-lepak lagi tanpa pening kepala..

kitaorang tak pergi tempat bersejarah macam chuchi tunnels dll sebab Hanapi tak bagi kerana Hazim..baby kat Vietnam memang pantang keluar apatah lagi pergi tempat history perang-perang gitu..


InsyAllah, ada rezeki kita pergi nanti..

kalau tanya bajet, ikut suka la nak bawak banyak mana, sebab duit Malaysia memang laku kat sana.. tapi time ak pergi tu ringgit sedang jatuh, so, aku prefer tukar searuh kepada matawang sana..
shopping ngam-ngam dengan 60kg luggange untuk semua.. not bad huh?

Hazim Alhamdulillah, tak banyak kerenah.. memang lulus sebagai kaki jalan yang berjaya macam bang Hadif..



InsyAllah, kita jumpa lagi untuk next trip.... jeng..jeng..jeng... =p

Wednesday, October 28, 2015

:: Jejak Ho Chi Minh : part lV ::

assalamualaikum..


bersambung lagi u olls dari part I,II dan III

sambung shopim..geee


mak aku selagi tak jejak rumah Hjh Basiroh memang tak lalu nak makan gitu..hikss..

so, petang tu lepas cukup rehat, kitaorang dengan muka tak malu pergi ke restoran dia minta alamat rumah..depan restoran dia pun ada kedai dia juga tapi pilihan kurang dan harga sedikit berbeza..

tunjuk alamat ke pemandu teksi, dan 15 minit sampai lah ke sana, cuak sebenarnya asal jauh je rumah dia ni, rupanya, jalan kat sana mostly sehala,lepas tu kalau pergi dengan motor mestilah dekat sebab banyak jalan pintas..kita stay kat distric 1, rumah Hjh Basiroh di district 3..



 masuk rumah terus naik tingkat 2 untuk tengok telekung..
kat bawah untuk tudung dan kain pasang gitu..

 men entertaining themselves..haha

 aku tukang kritik je..haha..abehla anak buah Hjh Basiroh layan kitaorang..

memang puas hati la kalau dah sampai sendiri kat rumah dia.. banyak pilihan, harga murah gitu..

antara signature telekung Hjh Basiroh.. special edition sebab ada tag dia sendiri..
itulah yang membezakan telekung Hjh Basiroh dengan yang lain..







 aku tak puas hati sebab dekat Ben Tanh market takde jual baju kurong siap berlabuci tu..tang mana taw orang dok beli..

sekali rezeki kami, otw pulang ke Hotel dari pasar Ben Tanh, singgah beli kopi Vietnam dekat Malaysian street tu, en asben dok borak-borak dengan orang kat situ, rupanya dia tourist guide, sekali dia bagi alamat rumah Jamilah la pula, si tauke baju kurong berlabuci..
haha

bagaipucuk dicita ulam mendatang gitu..

hiks..


 Malaysian street.. ramai sungguh recommend stay hotel kat sini, nasib baik tak stay kat sini..
kotor dan berbau..ish..ish..

 jom lah kita ke rumah Jamilah pula..hahah

 akak Jamilah sedia membantu..hehe..
kaya betul family dia ni.. rumah gah giler..2 lot pulak tu, tak puas hati tengok kat 1 lot, dia ajak pergi lot sebelah..haha



 dedy layan anak-anak..hehe
 dah sampai kat tempat supplier, wajiblah borong ye idak..hikss

 lepas tu kak jamilah tawar makan mee pho dia pula..
Mee pho ni kalau kat area Ben Tanh RM6-8 satu mangkuk.. kat sini RM2 je ... haha.. padahal 1km pun tak sampai dari Ben Tanh ke sini..haks..
makan sampai tak ingat..

Alhamdulillah..

to be continued..~

hehe

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers