Monday, February 29, 2016

:: feb people ::

Assalamualaikum..

Rasa tak lengkap kalau tak coret sesuatu pada tarikh 29 februari ni,4 tahun sekali ia bertandang..

Februari juga ramai sanak saudara sambut birthday juga termasuk Hazim..

So, we olls family kumpul ramai-ramai samhut hari jadi..

February's babies gitu..

Dalam keluarga besar ku,ramai yang sama tarikh birhtday, macam Hazim sama dengan 2 pupu dia, aku sama dengan abang aku,sepupu sama dengan mak saudara..kira havoc juga la ye dalam group WA nak wish ramai-ramai..

Happy belated birthday buat Hazim.. Umi tak buat birthday umur setahun dua ni sebab tahu awak tak mengerti apa-aoa..membazir sahaja,cukup sekadar umi titipkan doa untuk awak dan dedy belanja umi sebab umi berjaya melahirkan awak..hahaha..
Happy birthday to kak wani,isyfaq,hilal,hazim,afnan,ayah da dan paling penting ahlam sebab sambut birthday 4 tahun sekali..hahaha
Bulan mac my burthday pula,nk idam hadiah apa ya..hehe

Tuesday, February 23, 2016

:: short & sweet escape gitu ::

assalamualaikum..

kemain la ni nak pergi dating berdua susah bebenar..
susah hati tengok kerja melambak, susah hati tinggal anak dekat mak padahal balik tengok anak-anak tidur terbongkang tak ingat dunia..haha

kebetulan, labmates en asben nak daki bukit kluang, so marilah kita pergi menyelit sekali..
bukit kluang dalam 40 minit je dari rumah tapi aku tak pernah daki pun..
sekadar pergi jalan-jalan main air pantai je kat sana..

orang kata tempat dia cantik..
so, marilah..

aku ajak budak Hadif sekali, tapi dia taknak sebab dia kata dia dah pergi ke sana 2 kali dah,sekali pergi dengan rombongan sekolah,sekali lagi dengan nenek, tak menarik pun kata dia..haha..

nasib baik tak bawa, kalau tidak mintak ampun mesti dia kena kendong dengan en asben..haha

labmates janji pukul 6.30 pagi ye nak daki bukit kluang ni..

we olls sampai pukul 8.15 pagi..
haha


apa yang penting steady..

sekali panjat, jumpa budak2x tu kat tengah pendakian..
semput ye dik..=p

haha


Panjat 15 minit dah sampai u olls.. hebat terasa..=p



suasana atas sana walaupun dah pagi terikkkk sangat tapi sebab cuaca pagi tu mendung, redup dan berangin je..



kamu tahu, last aku mendaki adalah 8 tahun dulu..
tu pun daki gunung kinabalu u olls..
haha

bila sampai kat puncak yang tak seberapa ni, rasa hebat jugak biarpun lama tak buat kerja macam ni...
haha..
tak semput..
tak sakit kaki..

ni berkat exercise setiap minggu round trek HUSM..

haha..

misi kurus & fit untuk tahun 2016 dan mendatang.. INSYALLAH..

kurus saja tak jadi.. yang penting fit.. tak gitu?


balik rumah, anak-anak bangun tidur..
letak kolam,isi air..

layan diorang pula..

=D








Wednesday, February 17, 2016

:: Athief Hazim turns one ::

Assalamualaikum..

Bangun pagi ni, tengok si sepet ni, mula la terkenang saat-saat setahun yang lalu..

How time flies~~ 

Tak banyak aku coretkan pasal budak kecik ni kat sini.. #syndromeanakno2..

Haha..

Harap Hazim tak terkecil hati ye nak!!

Proses pembesaran budak ni lebih kurang je dengan Hadif dlu..
Meniarap umur 4bulan
Merangkak umur 8bulan
Setahun tak boleh jalan lagi 
Haha

Xpe nak,pelan-pelan..

Yang penting sihat & cergas... Lasak jangan dikira lagi

Dear Athief Hazim,
Selamat Hari Jadi yang pertama
Moga Hazim membesar dengan baik
Murah rezeki selalu
Sentiasa dilindungi rahmatNya

Im here always with u... 

Love, umi..

Aku suruh Hadif nyanyi untuk Hazim 

"Happy birthday to you,makan ubi kayu,minum susu lembu,Hazim" -hadif nyanyi...lepas tu dia cakap nanti umi masak ubi kayu untuk Hazim deh.. Birthday  Hadif nanti,umi buat kek tobot..

Hahaha

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers