Thursday, January 31, 2013

:: waktu petang ::

assalamualaikum..

=)

selalunya kalau sampai rumah awal bila balik kerja,
bolehla berhuha-huha dengan budak Hadif..
biasalah dok kat kampung aja kan..
setiap petang aktiviti wajib budak Hadif sekarang adalah menunggang motorsikal melawat kawasan..
kalau bunyi enjin motor, dia lah paling kalut sekali takut kena tinggal..
hakss..

lagi-lagilah kalau aku & en asben pergi kerja dengan motor..
tunggu dedy kat pintu, bila je dengar superbike dedy mengaum, mulalah kalut..
nak pergi kerja pagi pun sekarang kena buat 1 pusingan, baru dia merelakan umi + dedy dia pergi kerja..
apatah lagi tunggu umi+dedy balik kerja..
ha.ha..anak..anak..

ok..
fullstop.

ayah aku sejak bersara, banyak aktiviti yang dijalankan..*chewah*
lagi sibuk daripada tak pencen dulu..
selain ternakan lembu,angsa,burung dan sebagainya..
ayah aku juga berjinak-jinak dengan aktiviti bercucuk tanam..
ye, berbakti kepada tanah..
terrr..bukan hebat sangat pun..hebat lagi nenek en asben sorang tu..
=D

abisla Hadif petik buah terung tok ayah!
haks..
nasibb~

projek sekarang buah terung..
macam-macam jenis resepi perlu dibuat dengan terung untuk menunjukkan inovasi dalam masakan~
hakss..

Wednesday, January 30, 2013

WWW: setel visa ::

assalamualaikum..



Alhamdulillah..
visa settle!

penuh drama, penuh dengan lawak komedi~
tunggu isnin ni pergi collect!
INSYAALAH

*t kita story panjang nanti bab visa ini*

Monday, January 28, 2013

:: updates pukal ::

assalamualaikum..

=)

rasa macam lama dah tak update blog,
menjengah selalu tapi tak sempat nak tulis sepatah dua kata..
hehehe~

banyak urusan..banyak kerja hakiki + azali yang tertangguh..
maka banyaklah tenaga untuk diperah..secara fizikal & mental..
tapi slow-slow la buat satu-satu..
INSYALLAH, semoga sentiasa dipermudahkan urusan..

=)

 sebab selalu kena kutuk dengan member2x..apatah lagi dengan saudara-mara..lagi2x dengan en asben sendiri, aku beralih juga dengan smartphone, walaupun sony ericsson aku tetap dalam ingatan..
hakss..
dah nama smartphone, tapi kalau dah aku jakun nak guna benda ni memang susah.. 4 hari terperuk tak buat apa..
macam tak boleh terima hakikat aku pakai benda ni..
tapi, hari ni, nak tak nak kena try pakai..
belajar lah untuk jadi smart... terrrr..
jom bbm!*laki aku pakai iphone, cisss!*
hakss



yeaaa!!!
ayah mie bertemu jua dengan Hadif!!
terus kamceng walaupun tak pernah jumpa...hakss
 
adik aku dah 2 hari landing malaysia..
aku tak sempat nak ambil dia kat epot, lalu aku sambut dia dengan makan nasi ulam di restoran nasi ulam cikgu...haha~..
baru dia cakap " aku balik nak diet!" cesss... hahaha~ dietla sangat kalau sampai kat sini..
ntah-ntah 3 minggu cuti, badan makin bam-bam sebab kena jamu dengan mak aku..
=D


selain itu...
aku laki bini dalam dilema..
bila start discuss, terus tergantung tanpa persetujuan...
naseb baek tak jadi perang mulut mahupun perang pinggan mangkuk lagi setakat ni..
hakss~
 
to be continued~

Monday, January 21, 2013

:: Merancang untuk yang kedua ::

assalamualaikum..

ya..ya..ya..

ramai antara blogger yang seangkatan dengan aku sudah masuk yang kedua..
ye..anak kedua ye!

sekarang kalau ke mana-mana, sudah ramai yang bertanya bila yang kedua..
en asben selalu back-up dengan jawapan selamat " coming soon"

yea, coming soon yang ntah bila-bila dari sekarang..
ha.ha.ha..

aku & en asben memang dah merancang setelah bertikam lidah beberapa kali-bila-masa-yang-sesuai-untuk-bagi-hadif-a-adik
* susah bila en asben pun dalam bidang medical jugak, nak kelentong bagai mesti tak jadi,siap dia pulak yang ingat jadual menstruation aku ..hak..hakss*

jawapannya : kita hanya merancang yang terbaik tapi kalau dah tuhan nak bagi, mana tak boleh bersyukur taw!
dosa!dosa!dosa!

kalau ikut medical, adalah elok jika jarak kelahiran anak selang 2 tahun..
Hadif tahun ni dah nak masuk umo dua tahun..



kalendar kuno cina..

kalau ikutkan, tahun ni masuk umur 25 tahun..ehem* dah besar dah pun aku*haha

kalau tengok-tengok, bulan berapa yang nak dapat anak lelaki lagi yer?
aha .. aku + en asben memang teringin anak lelaki lagi jika diberi peluang..*amin*
kenapa?

he..he..he


so..
apa-apa pun, kalendar kat atas tu tak boleh pakai pun.. sebab Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya, kan?


p/s : tahun ni bagi Hadif berjalan sakan dulu yer!

Friday, January 18, 2013

:: anak i si penakut ... ::

assalamualaikum..

anak aku si Hadif tu ada 1 perangai yang tak boleh blah..
aku tak tahu macam mana, mungkin sejak azali lagi dah macam tu..
=D

ya..
budak Hadif si penakut air..
ha.ha.ha

sedangkan nak pergi gigi air pun takut apatah lagi nak selam macam bella anak dr haslina tu kan?
hakss..

ajak pergi mandi kat rumah, punya la laju pergi tunggu depan pintu bilik air..
lepas buka pili air, terus lari..
ha.ha.ha

so, dah banyak kali aku train Hadif agar menjadi seorang yang berani dengan air..

rumah aku dekat dengan pantai..
kalau dolu-dolu tu la tempat lepak paling best nak jumpa kawan-kawan..
sekarang, bila bawa Hadif jalan-jalan kat sana, mesti last sekali fed up sebab asyik nak dukung tak mau pergi dekat pantai..

 ok , hadif sekarang kita kat pantai ye..





 rilek2x.. dun wori..

 1

 best taw main air pantai..



ok, fine...
kita balik~

haksss...

nanti nak try bawak dia prgi waterpark la, mana taw hilang ketakutan air..hehe

Tuesday, January 15, 2013

:: plan cuti-cuti tahun nie ::

assalamualaikum..

ai..
hidup tak indah rasanya kalau tak pergi merayau melihat keindahan donia!
=D
 "katakan saja kalau dah dinamakan kaki jalan~ ha..ha..ha"

orang kata bestlah kalau partner sama-sama satu kepala..
kalau kita je otak kaki jalan, laki ko bukan si kaki jalan, tak best jugak,kan?
nanti nak merayau tak sedap hati sebab tinggalkan laki walaupun laki ko dah bagi izin ko pergi merayau..
ha.ha.
tak tahu~

so, sebab itulah aku rasa bertuahnya badan sebab laki aku si kaki jalan~
=D

sebab itu budak Hadif pun kena training jadi kaki jalan macam umi+dedy..
it's not a big deal kalau dah 4 bulan Hadif dah start train berjalan..eh, dah naik kapal terbang ke hulu ke hilir..

soooooooo...
plan cuti tahun ni agak besar jugaklah..
ada 3 major percutian yang akan diambil kira..
major bermakna percutian yang makan masa yang lama dan dengan perancangan rapi-tak-rapi sejak tahun lepas lagi..
=D
sanggup ikat nafsu tak cuti banyak-banyak tahun lepas untuk carry forward tahun ni..
aha~
 


plan cuti tahun 2013..

kalau 2012 pilihan destinasi sekadar asia tenggara..


destinasi pilihan 2013 adalah asia timur..

=)

mana satu pilihan kami?

tunggu, sebab 2 negara asia timur akan kami jelajah untuk 2013 ini..
INSYALLAH..

harap semua akan berjalan lancar nanti..
amin.

=)

Sunday, January 13, 2013

:: menonton penuh bergaya ::

assalamualaikum..

Hadif kalau dah start tengok citer dia...

orang lalu lalang buat tak endah je..

 budak cepat belajar..
sekarang dah pandai ber'abc'.. alif ba ta tak pandai-pandai..
kena berusaha lagi nampaknya..

sekarang dah pandai berebut laptop dengan orang..
macam laptop tu dia yang punya..
umpan tab, layan sekejap, pastu pergi serang balik laptop tu..

nampaknya kena cari laptop sendiri untuk bagi kat Hadif..




bergaya tak?
=D


Wednesday, January 9, 2013

:: Hadif & susu formula ::

assalamualaikum..

=)

sudah hampir sebulan aku perkenalkan susu formula kepada Hadif..
nun jauh di sudut hati, rasa terkilan sebab tak dapat fully-breastfeed buat anakanda terchenta sampai 2 tahun..
tapi, takkan lah nak biarkan anak kebuluran sebab tak cukup susu kan?
=D

sekarang nie, aku hanya dapat bekalkan 8-10oz saja stok EBM setiap hari...
maka, jauh tersasar dengan tahap permintaan untuk Hadif..
huhu~
*tapi aku tetap gigih pump setiap hari*

so, nak tak nak, kena la cari teman pengganti..
buat research..tanya yang lebih berpengalaman..
dan ramai yang suggestkan minum dutch lady 123 saja..sebab most perut baby dapat terima susu ini tanpa sakit perut-muntah2x mahupun diarrhea..

so..
aku try lah beli susu ini..
beli pack 650g dulu, yang tu paling kecik aku jumpa..
=D
sekali minum..berkali minum, memang Hadif xde masalah pencernaan & penghadaman..
so, aku takdelah pengalaman try n error beli susu ini dan itu..
maka, malaslah aku membazir duit beli susu formula yang lain..
hiks~

 setiap kali pandang susu ini, Hadif akan cakap "tatak!"
merujuk kepada budak perempuan yang ada kat packaging tu..
=D

TAPI, 
kalau aku ada dengan dia..
haram dia nak minum susu formula ni..
siap 'berperang' lagi dengan aku..
ha.ha.ha~

so, aku memang takde lagi pengalaman bancuh susu formula ni..
nanti kalau dah ok, aku belajarlah dengan mak aku macam mana nak bancuh susu ini..

sekian~
p/s : sampai ke hari ni, tak habis-habis lagi susu tu, hebat sungguh hadif berjimat minum susu taw!

Sunday, January 6, 2013

:: bila si dia jatuh.. ::

assalamualaikum..

last weekend, bila balik ke rumah MIL ada la sepupu-sepapat yang pulang juga di hujung minggu..
biasalah, ahli keluarga ramai, ore kato gege rioh 1 rumoh..
budak-budak ni pun suka layan si Hadif..

kadang-kadang aku pun alpa lepas tangan bila dia dok main dengan sepupu-sepupunya..
2 minggu lepas, tinggalkan sekejap masuk untuk solat, bila keluar Hadif takde dengan yang lain..
rupa-rupanya dia panjat tangga sorang-sorang naik tingkat atas~
aishh..nasib baik takde apa-apa..
hu.hu.hu

minggu nie..
abang haris ajak naik kereta pusing satu rumah..
penat aku mengejar..last sekali monitor dari jauh..
akhir sekali bila nak sampai je dekat aku..


jatuh tersembam..bam..bam..
pergh..tergamam sekejap..
angkat & dia menangis..

check samada ada fracture atau tak..
ok, tengok-tengok mulut berdarah..
hu..hu..hu
 budak Hadif bukannya budak yang banyak songeh..
jatuh sikit, bangun balik.. sambung bailk main
bila menagis tak henti-henti sampai maghrib, mula la bimbang..
nasib baik ada doktor in the house..
my SIL check & bagi PCM 2 sudu kecik + ambil lendir lidah buaya dan sapu tempat luka di bibir..
lepas tu, baru ok..

huhu~
moral of the story..
always monitor ur son..
=D
 

Wednesday, January 2, 2013

:: 010113 ::

assalamualaikum..

selamat tahun baru semua..

semalam, ambil cuti sambut tahun baru.. cuti la sangatkan.
padahal banyak je kerja tertunggak yang perlu diselesaikan..
=)

mula-mula, pergi bank..
sementara tunggu dedy selesaikan kerja kat bank..
aku dok la ngan Hadif..
tiba-tiba datang seorang pakcik  datang meluru ke kereta kami..
dia datang nak bukak pintu belah driver, cepat-cepat aku lock pintu tu..
aish, tiba-tiba nervous,kenapa dengan pakcik nie..
lepas tu, dia datang belah aku,try bukak berkali-kali..
aku cuak..dahla dia tengok semacam je..
lepas beberapa cobaan, dia terus ke kereta depan dan buka pintu kereta depan..
pergh..aku tengok je,kot-kot pakcik tu buat onar ke apa..
tiba-tiba pintu driver kereta depan terbukak, then seorang pemuda tengok kat kereta aku..
pastu tutup dan pergi..
ceihhhh..
aku assume pakcik tua tu tersalah kereta..
dah dua-dua kereta hitam..
pastu dua-dua tinted gelap, sebab tue la pakcik tu,terhendap-hendap..
aish.. kesian pakcik.. kesian jugak kat aku, tak pasal-pasal adrenalin mengalir laju..
=D
permulaan 2013 yang menakutkan tapi lawak pula bila dikenang..

then pergi merayau...
window shopping, tersangkut 2-3 barang..
best sebab shopping complex lengang..Hadif pun aku dah try training jalan-jalan sendiri..
tapi lambat, jumpa benda menarik, berhenti..pot-pet-pot-pet..pastu jalan,jumpa barang menarik,berhenti..
last sekali, umi surrender..hahaha~

lepas tu, pergi ambil gambar kami bertiga..
mula-mula,ambil gambar budak hadif,behave je, pastu bila abis turn dia,mulalah sibuk ajak umi dia keluar kedai, aku konpius..
rupa-rupanya dia nampak mainan..
sementara tunggu gambar disiapkan, layan je lah budak ni main..

 excited sampai taknak turun..

lepas tu, dedy masukkan token..

 terus terkejut..
hoho..
kenapa kereta nie bergerak..

 haha~
enjoy~


 ni gambar untuk buat pasport Hadif, masa tu baru 4 bulan..
bam..bam lagi..

setahun kemudian~



ni gambar untuk buat visa Hadif~
teng..teng... umi + dedy nak bawa Hadif jenjalan lagi..
=D

* dah banyak yang berubah dah Hadif ni *




gambar untuk visa dedy..
=D

aku?
gambar aku disaster..penangan Hadif..
cess..
haha~



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers