Tuesday, April 29, 2014

:: short escape : bukit gambang water park ::

assalamualaikum..

dah lama kita tak pergi melencong..
haks..
ada saja halangan yang menuntut kembali fokus pada kehidupan realiti..

semestinya hati meronta untuk meneroka keindahan Tuhan, tapi apa daya, kita hanya merancang, Allah yang tentukan..

=)

apa-apa pun, peluang yang datang jangan dilepaskan, walaupun singkat masanya.. 
kali ini kita bawa Hadif main-main air..





Hadif dan air.. musuh barangkali.. kejap ok, kejap tak..
minggu sebelum tu, bawa dia pergi pantai, melalak tak tentu pasal bila dedy letak dalam air..
hakhak..

kali ini, letak dalam kolam, ambil masa hampir 2 JAM okey nak settle down main-main  air..
hakss..

lepas dah kamceng dengan air, terus tak nak naik gitu..



 siap main gelongsor air u olls..

 seronok bukan main..
haks..
 akak, hadif , aku  dan adik..
trip kali ni tak ajak pun abang-abang aku..last sekali sentap kat wassap..
huahua..




trip kali ni, Alhamdulillah...
seronok juga..
terima kasih buat akak aku yang bagi penginapan dan makan free kat rumah dia..
=D

seronok untuk Hadif.. seronok untuk kita-kita..
bukit gambang bagus juga untuk melepaskan stress, bagi yang kesempitan masa..

=)


Tuesday, April 22, 2014

:: Hadif botak lagi ::

assalamualaikum..


cak!!

ha.ha.ha

Hadif kembali botak!!


semua ni gara-gara dedy..
sebab dedy dia nak pergi bekam.. pastu dia kata nak bekam kat kepala..
dia suruh aku botakkan kepala dia..
OMG, nak siapkan satu kepala dedy sangatla annoying... grrrr..
mulut dok pot-pet-pot-pet seiring dengan aku mesin kepala dia..
haha..
biasalah, aku bukannya hair stylist.. setakat nak mesin kepala jadi botak pun sangatla penat dengar dia membebel, apatah lagi kalau dia suruh aku potong ala-ala david beckham..

=D

lepas tu, dia kejar Hadif suruh botak sama macam dia..
anak tak nak botak tapi dipaksanya botak..
mau melalak budak itu..

huhuh..

penuh drama ok!





 pokok cili hidup subur nak sama tinggi dengan aku..
huhuhu~


 terung 2 jengkal tapi subur..
=D

sawi yang baru tanam hidup-nak-hidup saja dah, sebab cuaca panas..
sekarang memang molek tanam terung & cili padi..

memang tak sesuai langsung dah nak tanam sawi..kena tunggu musim dingin baru pulun balik tanam sawi..

like dedy, like Hadif..

=D

Sunday, April 20, 2014

:: ceramic knife for sell : ready stock ! ::

assalamualaikum..

baru berkesempatan nak upload dekat sini..
sebab bila stok sampai ramai dah cop sana cop sini..

kali ini, pisau seramik datang dengan saiz kecik yang sangat comel!


=D




warna pink gitu~
eeww..







saiz besar : RM 90 termasuk pos
saiz kecil : RM60 termasuk pos

beli 1 set ( besar dan kecil ) : RM150 termasuk pos.

more info : klik sini

=)

Friday, April 18, 2014

:: on her birthday ::

assalamualaikum..

aku ni adalah seorang yang sukar  untuk mengeksperasikan perasaan..
kalau sekolah dulu, geng aku cakap aku ni "hati batu".. well, my name is hajar, right? haks..

tapi bila dah jadi mak-mak ni, something instict yang perlu dijadikan sensitiviti..
sesuatu yang perlu dijadikan perhatian... sesuatu yang nampak mudah tapi perlu diambilkira..

semalam hari jadi mak..
so, tak pandai nak mengeksperasikan perasaan..

jadilah macam ni..

balik kerja... terus ke dapur..

sementara baking kek..

masaklah keutiau bandung..

 tumis semua bahan yang diperlukan..

 siap!!
tak sampai 10 minit dah siap!
hakss..

terbaikkk!!

 ramuan rahsia yang tidak lagi rahsia..
sape yang tak pandai buat mee bandung pun boleh buat..
memang terbaik pes ni..
=D
mak mertua pun boleh puji melambung-lambung kalau anda masak mee bandung.. hakss..



 tara..dah siap cupcakes untuk nenek!

red velvet cupcakes & mango tarts..

untuk nenek..
semoga sentiasa dimurahkan rezeki, kesihatan dan kebahagiaan dunia serta akhirat..

we olls love you..
muah!



Wednesday, April 16, 2014

:: tempat contengan ::

assalamualaikum..


tempat paling best dalam bilik untuk conteng-conteng adalah pada drawer ikea dedy..

bila jumpa kapur je, itulah tempat dia conteng-conteng..
Alhamdulillah setakat ni memang itulah tempat dia..
kalau jumpa pensil/pen/pensil warna, mintak terus kertas atau pun buku..

selamat lagi lah rumah nenek setakat ni..
=)



kenapa tak sediakan papan hitam ataupun board?

ntahla.. Hadif masih under control kot.. senang ikut cakap umi-dedy..
cakap apa buat saja..

kalau dia dah habis melukis, dia suruh dedy sapu balik drawer tue..
haha..

lagipun drawer tu senang nak jaga..

=D



biarkan dia terus berimiginasi..

=)

Sunday, April 13, 2014

:: gigi dan coklat ::

assalamualaikum..

=)

bila anak semakin besar, makin banyak pula karenahnya..
dan semakin banyakla kita sebagai ibu bapa kena hadapi & explore dunia anak-anak..
ehem..

haha..aku sekarang tengah mendalami ilmu keibubapaan gitu..biasalah jadi ibu bapa pada umur muda sikit ni kadang-kadang blur juga.. tapi  orang kata selagi kita tak tempuhi tu, selagi tu kita tak tahu, dan tak ambil peduli..

=)

bila Hadif di stage umur ini, kena pandai psycho.. banyak benda nak explore..setiap perlakuan & perbuatan penuh dengan soal jawab..*sampai penat aku nak menjawab*haks..

terutama sekarang bila dia sudah mengenal apa itu aiskrim..apa itu gula-gula..apa itu coklat..

bagaimana mengatasinya?

contohnya :ada sepupu aku yang anak sebaya dengan Hadif, anaknya sudah rosak gigi..selalu bertelagah bila nak makan aiskrim mahupun gula-gula..
last sekali anak menang..dia yang kalah...?

tanya aku macam mana handle Hadif.. Hadif tak makan gula-gula ke?
aku jawab : sekali-sekala ada juga, tapi pandai-pandai lah psycho anak..takkan hari-hari makan gula-gula..

Hadif selalu juga meminta, ataupun ada orang bagi dia gula-gula.. selalu dapat gula-gula, dia bagi kat aku @ dedy dia, pastu tanya, " Hadif nak makan,boleh?"
aku mahupun dedy dia tengok dulu jenis gula-gula tu, kalau tak sesuai cakap terus-terang..

" Gula-gula ni tak sedap lah,Hadif, nanti umi beli yang lain, ok?" ataupun " gula-gula ni banyak kuman la Hadif, nanti bila makan,kuman lekat kat gigi, nanti gigi sakit"

dia pun tak kisah.. boleh je terus main..dan lupakan pasal gula-gula tu..

itu adalah yang terbaik daripada cakap "tak boleh makan!" ataupun " jangan makan gula-gula ni!"

see, psychology je semua tu..

=)

sekali-sekala bagi habuan gula-gula juga, kesian kat dia,nanti takde kemanisan zaman kanak-kanak gitu.. tapi make sure semuanya under control..

dan satu yang aku belajar .. kurangkan perkataan "JANGAN" ataupun " TAK BOLEH " bila bersama anak.. gantikan dengan perkataan reverse walaupun kadang-kadang tu panjang je ayat nak bina untuk  melarang dia buat sesuatu..

=D

his killer smile..


pastikan juga bangun pagi-pagi gosok gigi..
sebelum tidur gosok gigi juga ya!..

=D



Tuesday, April 8, 2014

:: tips : bakar kek dengan cantik ::

assalamualaikum..


aku suka cuba eksperimen bila buat kek...
tapi biasalah, dah nama nya eksperimen, bukan semua yang menjadi..

hakss...

bila eksperimen menjadi boleh share dengan semua, bukan..
selalu aku share resepi dengan akak-akak, kadang-kadang diorang buat tak jadi..pastu tanya balik aku..takut aku bagi ajaran salah..haks..

aku ni kadang-kadang tak jadi eksperimen, biasalah, tok guru aku cik google je,buku resepi jarang-jarang-bila-lepak-di-popular-saja-aku-hadap..hakss




anda selalu mengalami kek naik kat tengah saja bila membakar?
aku dulu selalu jadi macam tu, try and error, google kenapa jadi macam tu.. sebab adunan dah betul, tapi nasibnya jadi macam tu aja..

banyaklah petua nya kan bila dah cari sana-sini..

tips dengan banyak lagi : kat sini

last sekali aku stick dengan petua ni..


 sebelum bakar kek, balut adunan kek dengan aluminium foil..
tebuk-tebuk sikit bagi udara dan haba mengembang dengan jayanya..

 Alhamdulillah, sekarang tak perlu risau lagi..
=)

suhu : 180 darjah celcius, bakar 30-40 minit, guna api bawah selama 30 minit, lepas tu guna api atas  bawah selama 10 minit..

hasilnya : perfecto!!


Sunday, April 6, 2014

:: kenduri kesyukuran ::

assalamualaikum..

lepas rumah nenda berjaya diubahsuai dengan begitu jayanya..
kami sekeluarga sepakat mengadakan kenduri kesyukuran..
perghh, rushing saja, sehari sebelum tu wiring & cat rumah dan-dan saja siap..





 rumah nenda berwajah baru gitu..


maka, we olls decided nak buat kenduri kesyukuran pakai khidmat femeli saja..
u know semua anak cucu dikerah turun padang gitu..

kambing 2 ekor, 10kg daging lembu & dll..

anggaran tetamu dalam 200-300 orang..

marilah kita mengembleng tenaga..
haha~


 ini untuk apa?
ini untuk letak dalam gulai kambing ye anak-anak..
aku rasa orang bachok je letak benda ni dalam gulai sebab mak mertua kata dia tak pernah makan..
hhaha, nasib baik ada menantu orang bachok gitu..
=D

 mastermind hari tu of course nenda terchenta..
sementelah dia tiada kudrat nak berjalan mahupun berdiri..
abih dipekiknya anak cucu...haha~

"jangan itu..eeiiii,jangan kacau lagi... eiii,budak ni...jangan ini.."

we olls mana ada pengalaman.. tapi jelas sekali seronok saja buat kenduri macam ini..





 =D

kamu tahu itu tresek?
ini aku tengah potong dia punya bahan-bahan..

bila siap kenduri, mak mertua aku suruh nenda aku ajar aku buat benda ini..nanti aku boleh masak untuk femeli belah pasir mas.. OMG!! aku pandai potong je..haha..
yela, nenda aku pakai campak je dalam periuk, mana ada sukat-sukat... 
T_T




so, kenduri berjalan dengan begitu lancar..
makanan pun sedap saja..

tak sangka semua boleh masak-masak gitu..
=D

Wednesday, April 2, 2014

:: kisah hari jadi ku ::

assalamualaikum..

tahun ni hari jadi ku jatuh pada hari jumaat, cuti.. dulu berangan setiap kali birthday, nak escape pergi celebrate jauh-jauh.. tapi nan hadoo eh, tahun ni hari jadi pakej sekali dengan cuti sekolah, okey..maka, tak kesampaian la nak berhimpit-himpit dengan orang lain dekat tempat pelancongan..hikss..

lagipun, cuti tahun ni, abang-abang,akak-akak,ipar-duai,anak-anak buah belah en asben semua balik uolllss.. yang dok obersi pun balik..
riuh yang amatssssssssss rumah tok ma...

marilah kita eratkan silaturrahim gitu, sebab tak semua dapat berjumpa sekali walaupun untuk sehari dalam setahun..hakss..


buat bbq selepas solat jumaat..
perghh, panass..



 sangat mencabar nak bakar  ayam-kambing-udang-hotdog sebab budak-budak ramai..
tempik sana-sini..
heh~


 sekali en asben bagi ni, nah hadiah hari jadi..
T_T
hopeless romantic betul..

sekali kena perli dengan akak-akak-abang-abang dia..
hahah~



malam tu, dapat melarikan diri juga akhirnya..
walaupun kota bharu sangat crowded masa tu, last sekali jumpa king's bakery..redah jela..nak masuk bandar buat stress jem yang amat saja..


small celebration for 3 of us..




umi : happy birthday to umi..
hadif : happy birthday to hadif
umi : happy birthday to umi la..
hadif : happy birthday to hadif la..

umi : grrr..yela..yela..





 kami..

ramai yang kata hadif menurun sengih daripada dedy..
no..no..
dedy tu tiru hadif je tu.. kunun bajet cute macam anak dia..

hahah~




hantu kek ini budak!


=D

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers