assalamualaikum..
semalam, masa lunch hour, dedy ajak pergi beli barang dapur..
katanya mahu masak arini..
acece.. tapi aku tak ikut sebab ada tadarus.. =D
balik kerja, dok korek-korek cite dedy nak masak apa..sampai ke sudah katanya rahsia..
tunggu dan lihat..
ye, bila dedy masuk dapur..
jangan kacau atau tegur cara dia masak mahupun cara potong bawang..
nanti tak pasal-pasal benda lain pula jadi masakan dia..
=p
300ml susu segar + 2 biji telur..
pukul sampai sebati..
daging kisar 2 keping..
ditumis dengan bawang besar & bawang merah..
jangan lupa letak seasoning secukup rasa..
roti gardenia dicelup ke dalam susu tadi, dan susun dalam loyang..
sila pakai loyang non-stick agar tak melekat-susah banar-pakai-yang-biasa-walaupun-letak-marjerin..
lapiskan dengan tumisan daging tadi & letakkan cheese..
molek-molek letak keju mozzarella baru terangkat..
tekun tak dedy masak?
haha..
lapiskan kembali dengan roti dicelup susu tadi & letakkan keju + siram susu selebihnya ke atas roti tadi..
nak sedap lagi tabur oregano atasnya..
bakar 30minit pada suhu 180 darjah..
setia menunggu..
=p
hasilnya?
" D, apa nama benda ni? "
" entah..haha..makan jela"
ok, sila makan dengan sos!
sedap!
=D
2 comments:
thumbs up!
orang bujang sila buat!!haha
Post a Comment