Thursday, July 3, 2014

:: Hadif nak buat jugak! ::

assalamualaikum..


Hadif on off demam sejak 2 menjak ni..
kebah kejap.. umi dengan dedy bawak g merayau terengganu last weekend, balik rumah, demam balik..
huhu~

nak tengok dia tu ok ke tak, tengok cara dia cakap, kalau cakap tak-henti-24-jam tu makna dia sihat, kalau dah tak sihat tu, mula la cakap pun semua orang tak paham.. mumbling aje

sehari dua ni dah bertambah sihat, maka mulut dengan percakapan memang seiring..
Hadif is back on track gitu..

=D

Ramadan ini setakat ni Alhamdulillah, stay dengan family ni, balik kerja tengok mak dah siap masak..aku tolong top up-masakkan lauk satu dua.. sebab sejak dari kecil mak ayah tak didik ke bazar Ramadan untuk membeli juadah, so hari-hari memang masak untuk juadah berbuka puasa..



bila umi balik kerja, solat dan masuk dapur.. Hadif lah budak yang paling sibuk sekali nak tolong..

"umi, nak masak apa?"
"umi nak potong bawang ke?"
" umi nak goreng ayam ke?"

"Hadif nak buat jugak!"


nah, sekali umi bagi lesung suruh tumbuk bawang putih..
suka aja dia..
tak sampai lumat sebab dah sok-sek-sok-sek air bawang masuk mata..

haks..



::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers