Thursday, December 6, 2012

:: kelate ku ::



BACA DAHULU: Segala maklumat yang dipaparkan di dalam maklumat ini adalah ambilan rawak di internet sahaja yang kemudiannya diletakkan di dalam satu post... Jika ia menimbulkan sedikit kekeliruan dalam membaca dan memahaminya maka segala ke...
sulitan amat dikesali hehe..
-----------------------------------------------------------

Penemuan Terowong Rahsia Bawah Tanah Yang Dikatakan Sepanjang 100KM di Palekbang, Tumpat Kelantan

Hangat diperkatakan mengenai lubang rahsia yang dikatakan sebagai terowong purba yang pernah digunakan olen Jepun sepanjang hampir 100km bawah tanah di Palekbang, Kelantan ketika ini..Penemuan terowong purba bawah tanah di Palekbang, Tumpat, Kelantan ini mengejutkan kerana ia mungkin merungkai landskap sejarah baru yang tidak diketahui diketahui sebelum ini..Apa sebenarnya rahsia disebalik penemuan terowong Palekbang, Tumpat, Kelantan ini ?

Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..

Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..

Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..

Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..

Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah 
 hingga ke Tak Bai, Siam..

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 laki aku kan suka la bab mencapub-capub begini..

terus jom g terjah kat tempat kejadian..
haha~


 siap curi-curi ambil gambar..
naseb baik x blur..
kalau tak, membebel laki aku sampai rumah..
ha.ha.ha

takde apa yang best pun, cuma kena pagar semua..
kawasan larangan..

tengoklah nanti betul ke tak mitos tu..
boleh pergi lagi terjah..
hikss..

No comments:

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers