assalamualaikum..
Aku tidak lagi breastfeed budak Hadif..
syukur?
Alhamdulillah, diberi rezeki untuk breastfeed budak itu walaupun tak sampai 2 tahun..
satu pencapaian yang membanggakan juga terasa..
walaupun perjalanan breastfeeding aku agak mudah sejak Hadif lahir sampai ke saat ini,
tanpa sokongan daripada suami & keluarga,sukar juga untuk dihadapi bagi seorang wanita bekerjaya..ehemm
dulu, masa start breastfeed, selalu terbayang macam mana nanti proses bercerai susu dengan Hadif?
yela, aku tengok persekitaran aku, macam-macam yang terjadi..
ada yang terpaksa jumpa bomoh minta penawar..
ada yang guna gincu la, bawang putih la sapu kat breast supaya anak tak mau hisap lagi..
ada yang umur 3 tahun lebih masih bertepek dengan maknya lagi..
macam-macam..
=)
haha~
tapi, untuk aku dengan Hadif, Alhamdulillah.. senang sangat..
aku guna kaedah psikologi je..
=D
sementelah lepas operation hari tu, Hadif terpaksa tido dengan nenek dia, takpun dedy dia..
mula-mula, merengek juga,yela,selalu nak tido dok bertepek dengan umi saja..
selepas seminggu,dah ok..pastu boleh pilih pula nak tido dengan sapa..
aku pun last pump buat stok masa minggu pertama lepas operation je,susah sangat rasanya..
sakit kat luka,sakit kat breast lagi..
lama-lama..biarkan aja..kalau sakit sangat,ajak menyusu budak hadif secara mengiring..
budak dah besar, bukannya duduk diam time menyusu..
mak pun cakap,"time ni la senang nak bercerai susu"
bila bincang dari hati ke hati..
redakan saja..
awal-awal dulu,kalau Hadif merengek nak susu pun, aku cakap je kat dia,"umi sakit, Hadif minum susu botol ye?"
pastu dia ok, sampai la sekarang..takde masalah dah..
syukur..
dari pengenalan guna EBM dalam botol.. senang sangat..
dari pengenalan susu formula.. senang juga..
dari proses cerai susu..juga senang..
terima kasih Hadif sebab bagi kerjasama yang terbaik..
berakhir di sini..
terima kasih Tuhan kerana rezeki ini..
dah 5 hari Hadif tidur dengan aku, taknak tidur dengan nenek ataupun dedy..
tapi tak lagi breastfeed, minum susu botol pastu tepuk-tepuk,ulit dia..lepas tu tido..
bangun 3 kali untuk minum susu..
sekarang dah ada 'alarm' untuk bangun tahajud.. ada juga hikmahnya..
=)
cuma sekarang susu formula dah kena letak dalam list-mesti-beli tiap-tiap minggu..
aku hanya ingat pesan ayah
" setiap anak itu ada rezeki yang Allah bagi sejak azali lagi"
hanya kita yang perlu berusaha dan istiqamah..
=)