Monday, April 22, 2013

:: Jejak Jepun : bajet ::

assalamualaikum..

ehem..
aku harap ini entry terakhir pasal jepun..

=D

kalau nak travel, benda pertama yang akan difikirkan adalah bajet yang akan diperuntukkan sepanjang bercuti..
walaupun selalunya kami travel secara aci main redah aja, atleast kami akan buat bajet kira-kira sebaik mungkin sebelum buat keputusan drastik.. light and easy, pergi jalan-jalan buat apa yang kami mampu..orang kata ukur baju di badan sendiri..nak pergi bercuti stay kat 5@4star hotel?oh,kami bukan begitu..kalau begitu,nampak gaya setahun sekali pun belum tentu dapat naik kapal terbang..ha.ha.ha.

so, sepanjang percutian kami di jepun ni, aku buat berdasarkan pengalaman kami..
raw bajet, bajet ciput.. tapi dah sampai pun negara Nippon!*ko ada?*=D
harap dapat kongsi sedikit sebanyak input, yang baik boleh diambil buat tips, yang buruk-yang-jangan-cakap-kami-riak-mahupun-sombong..wallahua'alam

sekadar berkongsi..

1. Tiket penerbangan..

 wajiblah cari yang paling murah..=D.. sebenarnya, decide nak g sana last minute, BIL ajak MIL pergi tempat dia belajar, ya lah, dari degree sampai masuk Phd,MIL tak pernah jejak ke sana, maka, satu hari MIL terasa nak pergi ke sana, cakap dengan en asben, nak pergi tapi takut nak pergi sorang.. bagai bulan jatuh ke riba,*ehem* en asben cakap boleh2x..so, benda ni macam spontan,tak pernah pula dalam mimpi nak jejak ke sana.. maka mulalah tunggu sale dari AirAsia X..
bulan julai 2012, berjaya mendapatkan tiket dengar kadar reasonable...

seorang dapat RM527.00++ termasuk luggange 15kg sorang, 2 entertaiment(return)-sebenarnya-nak-bagi-kat-Hadif-tapi-dedy-yang-terlebih-lebih-guna,2(return)travel kits. meals sorang satu(KL-Osaka shj)
untuk Hadif RM250(tok ma belanja)..tQ tok ma..

TAPI, masa dekat jepun tu, lepas packing barang, berat luggange terlebih pula(banyak ko soping), maka, terpaksa tambah luggange untuk 15kg lagi.. nasib baik aku roaming, kol bank untuk buka line..*penting juga untuk roaming bila travel ke luar negara*

kalau boleh, pilihla seat kat ekor, luas sikit 2-3-2 seat,lagipun bawa budak, sedap la anak ko main-main..

so, selesai..tunggu la dekat setengah tahun nak pergi jepun..masa untuk kumpul duit banyak-banyak..=P

2. Visa

lepas penat tunggu nak sampai bulan 3, so, langkah seterusnya adalah buat visa.. banyak teori sangat pasal nak apply visa ni, try ko google,cara-cara nak buat visa, bersepah orang tulis entry pasal ni..last-last, kami ikut teori yang diberikan oleh BIL.. syarat2x nak buat visa boleh dapatkan di website kedutaan jepun..apa yang BIL cakap, kami turut aja..hehe.. kata nak apply visa ni kena ada 10k dalam bank statement, tapi kami fotostat buku akaun MIL yang tak sampai 10k,lulus aja permohonan..dahla fotostat tak pergi buat cop pengesahan bank..hahaha.. so, teori BIL cakap, asalkan bank statement tu cukup untuk buktikan bahawasanya dengan 11hari kita boleh survive stay kat jepun, memang akan luluslah untuk visa itu..tapi biarlah lebih dari 6k ye..=D

untuk Hadif tak perlukan bank statement..buat apakan,bukannya dia yang over shopping kat sana..=p

lagi satu yang paling aku angin-tak-boleh-blah adalah masa nak ambil gambar untuk buat visa..gambar visa jepun adalah 2x2inci, white background..gambar kami semua dah ok, kecuali gambar budak Hadif,jadi kecik..yang..emmm,sakit jiwa..pergi ke kedai gambar bachok pula-yang-bersawang-itu,dia-cakap-boleh-ambil-gambar-visa,pastu bila siap,aku tengok,aku cakap ni salah..dia kata kami hanya pandai buat gambar passport dengan gambar visa untuk haji aja..hmm..angin betul dengan budak dalam kedai tu..redakan aja,sekali tampal,ngam-ngam aja dengan petak gambar kat borang permohonan..syukur tak kena reject..

lepas siap,lengkap bagai borang tu, BIL cakap pergi apply visa di kedutaan jepun di KL..sepatutnya wilayah pantai timur kena buat di Penang, tapi BIL cakap Penang banyak songeh..maka pergi KL apply visa, sekali en asben buat visa,kena soal banyak pula dengan pegawai dia..maka,pandai-pandaila kelentong-kenapa-tak-buat-di-Penang..=D

visa Hadif.

 nak g Jepun banyak syarat,ikut je syarat dia bagi sebab visa ini adalah PERCUMA!!!berbaloi ko penat ke hulu ke hilir nak setelkan masalah..
walaupun terdapat sedikit cabaran di situ, Alhamdulillah..segala berjalan lancar.

3. Wang belanja

ehem, ini ikutlah selera masing-masing,ko banyak duit,bawalah banyak sikit..kalau niat nak pergi sana nak jalan-jalan cuci mata,buatlah peruntukkan untuk cuci mata sahaja..kalau niat nak bershopping bagai,buatlah peruntukkan shopping bagai..yang kami berdua buat adalah seperti berikut :

setiap seorang tukar 3k, aku + en asben..Hadif tak payah..
nilai mata wang pada waktu itu, 100yen=RM3.23

selalu kalau pergi travel, kami sediakan duit malaysia juga dalam poket, mana taw ada kecemasan..en asben selalu macam tu sebab dia kalau keluar duit tak ingat check dah baki yang ada..
untuk ke Jepun kami sediakan duit poket 1k saja..cukuplah tu..
last-last berjoli sakan, ada tinggal lagi 30100yen yang berbaki.. dalam rm900++.. so balance boleh bawa balik, masuk tabung untuk next travel..hahaha..

4. Pengangkutan

orang kata, kalau pegi jepun, cara terbaik nak pergi jalan-jalan adalah dengan kereta api dia..memang pun!
tapi, sebab pergi jalan-jalan dengan MIL, manala boleh nak naik train tue, sekali turun train semua berlari-lari, mau semput MIL...hehe..so, kitaorang  banyak guna kereta, dan asingkan terus duit minyak..share2x la kan..minyak kat jepun mahal kan, dalam RM4++ satu liter..
satu-satunya pengalaman naik kereta api adalah time pergi USJ dan balik ke Gifu, mak aih, memang huru hara berlari-lari kejar train,sebab banyak sangat transit..jauhkan Osaka-Gifu..
lagi-lagi, en asben menghilangkan tiket train Osaka-Gifu..T_T, tahu berapa harga tiket tu? RM128 sorang, kalau hilang? 5x ganda..T_T, 

TAPI...... pakcik kat kaunter train tu sangatla baik hati, walaupun cakap ayam-itik dengan dia, siap bagi isyarat ultraman, pakcik tu caj dalam RM18++ je, dia kata, takpelah,dia kasi harga dari station sebelum station Gifu..pakcik, terima kasih..*senyum sampai nak mengalir air mata*

tapi betul la, nak train kat jepun banyak sangat kenangan manis + pahit walaupun hanya untuk 2 jam setengah aja.. antaranya

-tolong senyapkan budak Hadif yang dok pot-pet-pot-pet,walaupun orang jepun sekali masuk train,senyap aja sambil baca buku,main hp,dengar mp4, anak aku je bising dalam train tu..heee
- jumpa pakcik jepun yang sangat fasih berbahasa Inggeris, macam teruja sangat jumpa dia,walaupun sekejap sangat, dia berhenti di stesen kyoto..
-jumpa makcik yang sedaya-upaya tolong kami turun naik tukar train sebab transit banyak sangat, walaupun ko-cakap-jepun-aku-cakap-omputih-hasilnya-tangan-turun-naik-bahasa-isyarat..terharu sangat!
-tersalah turun station..aku cakap ni station nishi-gifu, bukan station gifu, tapi en asben cakap, betulla..sekali turun salah..cesss!!! terpaksa tunggu train lain datang, sambil entertain budak Hadif..



 kalau nak senang nak naik train, korang masuk website JR ni,masukan route yang dikehendaki,pastu print screen,pergi kat kaunter,tunjuk je benda ni,dia akan paham dan bagikan tiket..
kalau nak adventure sket,pergi dekat mesin tiket,tekanla apa yang patut..
hee~
salah turun station..huhu



so, kesimpulannya..

JEPUN BEST!!!!

=D
till then, see u on our next travel...jeng..jeng..

6 comments:

Marissa M said...

As-slm sis, saya ada plan nak pergi japan ala2 backpackers. Jadi nak tanya mcm stroller, pampers n baby makan cane ekk kat sana? Anak saya pun baya anak u ;)
risau untuk sekicik ni...

Marissa M said...

As-slm Sis. Just nak tanya kalo nk g sana nak kena bawak stroller ke? Makan baby cane ekk? sy plan nk pegi n ank sy pun baya hadif ;)

:: aJa :: said...

stroller bw yang light aja, umbrella stroller is highly recommended..senang kalau anak tak mo duduk, boleh pikul aja, lagi-lagi time nak lari-lari kejar train..train jepun sangat punctual..get ready ya!

pampers sila bawa ikut keperluan harian, kalau tak mau, dekat mart ada aja dan lagi murah pada malaysia..best sangat!make sure bila nak buang pampers, buang tempat yang disediakan macam dekat dalam toilet..kalau tiada tong dia, kena la bungkus bawa balik..jepun sangat strict dengan sisa pembuangan sampah..kalau nak keluar, bolehla bawa plastik kosong untuk isi pampers yang dah guna..

makan?
nak survive keluar kalau tak bawa makanan sendiri, boleh aja makan takoyaki,berlambak di jalanan..nak detail boleh ke entry ni

http://ajaries.blogspot.com/2013/04/jejak-jepun-nak-makan-apa.html

selamat bercuti!! =)

lina said...

Takoyaki tu sy pernah tanya kat stall dekat osaka castle. Mmg takde ibab, tp minyak yg dia guna utk greesekan acuan tempat masak dia tu diorang guna lard (lemak babi). Ni penjual tu sendiri yg inform. Sebab tu sy tak berani nak beli takoyaki kat mana2 pun!

Kokurikulum semeseter 2 said...

Thanks for sharing. Teringin nak pi

zack said...

Since 1st July 2013. Tak yah pakai visa lg ke Jepun..pakai passport saja

::chenta sampai syurga::

Daisypath Anniversary tickers